Layanan Baik Orang Thailand Pada Penyokong Malaysia Ini Buat Netizen Kagum

Seperti yang kita semua tahu, malam ini merupakan perlawanan akhir antara pasukan Malaysia dan Thailand, jadi sudah semestinya akan ada sedikit ‘perbalahan’ diantara penyokong skuad Harimau Malaya dan Gajah Perang.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian admin hari ini adalah kejadian ‘aneh’ yang terjadi sebelum perlawanan ini.

Fans Thailand, dia belanja air kat semua orang.

Sumber : Twitter

Ya lah, biasanya kalau bab-bab perlawanan lebih-lebih lagi di peringkat akhir pasti masing-masing akan tunjukkan ‘belang’ untuk mempertahankan pasukan mereka. Bahkan sampai berlaku kekecohan lagi.

Tapi kali ini lain, viral di Twitter beberapa jam lepas dimana salah seorang penyokong Thailand siap belanja minum kepada semua fans-fans Malaysia yang dah tunggu berjam-jam lamanya dibawah panas terik.

Dan berjam2 fans Malaysia lepak tunggu nak masuk stadium dgn cuaca yg panas terik. Datang fans thailand, dia belanja air kat semua orang. Hospitality Thai

Netizen kagum

@amirismailr kita layan diorang baik, diorg pun buat benda yang sama dekat kita, selamat pergi dan balik bosskur sekalian

@Queenbee kite balik balik dgn kutip smpah jgn buang merata2 ok? cayokkk malaysia !!!

@hageda Didikan org asian tengwar cmmi la hehe

@danial bangkok interplace.

@janeq Hok gini laaa baguih

@ft Baik şey

@imNic No matter win or lose. respect each others

Biarpun baru beberapa jam, Tweet ini telah meraih lebih 1,000 retweets dan like rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum. Kan bagus macam ni, harap malam ni tak tercetus sebarang kekecohan la ye!

Admin ucapkan tahniah kepada team Malaysia kerana berjaya meraih kemenangan di tempat lawan. Ingat ye semua menang kalah itu adat pertandingan tau so mana yg kalah tu sabar dan tabah tau. – Orang Kita

Add Comment