Air Rebusan Daun Sirih Anda Akan Rasai Perubahan Apabila Minum

Nak sihat, nak cantik luaran dan dalaman tak susah sebenarnya. Tak perlukan kos yang mahal-mahal pun, yang penting kena RAJIN. Guna bahan-bahan semula jadi seperti Daun Sirih pun dah boleh cantik dan sihat. Punyalah banyak khasiat Daun Sirih yang mungkin kita tak tau atau pandang ringan manfaatnya. Menerusi perkongsian Perunding Jamu, Norliza Mohd Salleh beliau berkongsi manfaat air rebusan daun sirih ini.

Khasiat dan 10 Petua Dari Daun Sirih

1. Membantu Masalah Resdung

Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.

2. Pencuci Dan Penyegar Muka

Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat.

3. Mencegah Bau Ketiak

Rendam 2-3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam-suam kuku. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.

4. Menyegarkan Dan Mencegah Bau Badan

Rebus daun sirih secukupnya untuk dibuat mandian.

5. Ubat Bisul Dan Bengkak

Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling bisul tersebut. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih.

6. Membantu Masalah Wanita

Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat cebok atau membersihkan alat sulit.

7. Hidung Berdarah

Ambil sehelai daun sirih, diramas sehingga lembut kemudian sumbatkan ke dalam lubang hidung. Dongakkan sedikit kepala dan bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.

8. Masalah Gusi Dan Bau Mulut

Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur-kumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

9. Masalah Batuk

Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.

10. Tangas basah sirih

Rebus sirih +asam gelugor+garam+ manjakani. Wap rebusan dijadikan tangas.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Dailynews

Add Comment