Hari Terakhir SPM, Gelagat Pelajar Melayu Jadi Tumpuan.

ANTARA 2 AKHLAK

1. Lepas selesai jawab soalan SPM..sujud syukur secara berjemaah..(bosan, TAK BEST ) lgpun ni ciri2 orang gagal dan x dapat menjawab peperiksaan dgn baik…

2. Lepas setel jwb SPM..conteng baju, berjimba, conteng tandas, calarkan kereta cikgu, bakar kerusi meja sekolah, keluar sekolah rem2 moto, merempit, bawak anak dara orang ke hulu ke hilir..(mcm ni la gempak, TERBAIK ) insan cemerlang memang kena buat bende2 ni semua…

Ye la..mak ayah korang kan memang belikan baju sekolah tu untuk diconteng..pasti mak ayah akan berasa amat bangga melihat kau balik dengan pakaian yang dipenuhi hasil seni yang sungguh hebat. Terdetik dalam hati mereka..”berbakat besar anak aku dalam bidang seni..

Lagipun, korang kan dah perhempas pulas, berjuang habis2an, belajar bersungguh2 sepanjang 5 tahun di sekolah menengah..kemudian pulun lagi dengan sepenuh hati menjawab exam dengan cemerlang..

Maka betul la tu…KORANG DAH MERDEKA..! Korang haruslah pamerkan kepada masyarakat bahawa…korang memang TERBAIK..dan result SPM yang bakal korang terima di bulan Mac tahun depan sudah semestinya gempak…

BAGUS anak muda…Simpan baju tu elok2…nanti nak masuk IPT & interview kerja..bawak sekali..confirm penemuduga akan kagum dan serta merta akan terima korang dengan hati yang terbuka…

Rase mcm rugi plk dulu aku x conteng baju lepas SPM, kalau tak boleh bangga tunjuk kat anak2

Sumber fb: muttakin akmal via Sayangawak

Trend budak-budak SPM sambut tamat zaman persekolahan di Malaysia
Setelah 10 tahun bergelar seorang pelajar, pastinya ramai yang rasa teruja setelah mereka berjaya menamatkan zaman persekolahan mereka.

Dalam tempoh satu dekad itu, pelbagai kenangan pahit dan manis telah ditempuhi bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya yang bakal menjadi sebuah memori indah yang tidak mungkin akan berulang lagi.

Seperti di negara jiran, Indonesia, para pelajar sekolah di Malaysia juga cara yang tersendiri untuk meraikan hari-hari terakhir mereka bergelar pelajar sekolah setelah berakhirnya kertas peperiksaan SPM terakhir mereka.

Melihat ada kalanya cara sambutan sesetengah pelajar yang sedikit terlampau, seorang pengguna Facebook, Mai Izyani telah terpanggil untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar ini supaya tidak hanyut dengan kegembiraan sementara mereka itu.

Bukan masa awak ja akak nampak semua ni. Masa zaman akak sendiri, dah nampak depan mata. Pengetua siap berdiri di balkoni sekolah, tenung sahaja dari jauh perangai pelajar habis sekolah (SPM). Conteng baju sekolah, spray-spray warna sampailah ke dinding sekolah. Habis rosak. Lepastu teriak-teriak “MERDEKA!!!”. Kalah kera di hutan.

Kamu semua yakin sangat dah merdeka kenapa? Apakah ilmu dan sistem belajar di sekolah tu diertikan sebagai sebuah kepayahan hidup yang menyakitkan? Yang takda manfaat? Yang sia-sia? Yang menutup lubang-lubang keseronokan usia remaja? Dan peperiksaan itu pula apakah satu kezalim4n pada akal fikiran?

Kalau kamu punyai jawapan yang menunjukkan kehidupan lebih baik tanpa sekolah atau di mana-mana tempat belajar sebagai ladang menuai ilmu, tunjukkan. Tunjukkan ilmu tu tak penting dan kamu ada sistem kehidupan yang lebih baik tanpa ilmu dari orang lama (berilmu sebelum kamu).

Buktikan ada bukit dan gunung yang boleh didaki sehingga bila di puncak kamu melihat orang lain di bawah terlalu kecil, dan orang di bawah melihat kamu terlalu besar dan gah! Di manakah? Tunjuk.

Sudah-sudahlah menikmati budaya habis sekolah cara bod0h itu. Yang buat tu pula dah la antara segelintir pelajar-pelajar yang nyata malas dan tak pandai pun. Tapi teriak “MERDEKA” mereka seolah orang yang penat lelah berjuang dengan cara terbaik. Kalau yang pandai juga terlibat, tanda ilmunya tak disebatikan dengan akhlak.

Benarkah merdeka?

Hakikatnya kehidupan ini ujian yang tiada kesudahan sehingga akhir usia. Dan raih ilmu itu kewajipan sehingga ke li4ng l4had.

Sumber : Mai Izyani

11 Haluan Sambung Belajar Selepas SPM.

Tahniah buat adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM 2012 yang diumumkan baru-baru ini. Tentulah sekarang sudah tidak sabar-sabar untuk memilih kursus dan hala tuju untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Bagaimana pula dengan pelajar yang mendapat keputusan yang biasa-biasa saja?

Sama ada keputusan yang anda dapat cemerlang atau cukup makan sahaja, kita perlu sedar bahawa ada banyak haluan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memastikan rakyat Malaysia, terus mendapat pendidikan ke peringkat yang paling tinggi boleh dicapai oleh individu.

Justeru itu, saya senaraikan beberapa pilihan yang adik-adik pelajar ada, bagi menyambung pelajaran selepas SPM dalam laluan ke program ijazah pertama!

Tingkatan 6

Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti dengan menggunakan keputusan STPM. Dengan sistem peperiksaan modular yang baru, di mana setiap semester akan diuji, adik-adik sebenarnya sudah mula melangkah ke alam pembelajaran gaya universiti.

STAM

Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti melalui keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia, STAM. Ini adalah khusus kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 aliran agama.

Matrikulasi

Ini juga salah satu laluan yang popular bagi pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang dan sederhana cemerlang. Kursus yang ditawarkan adalah aliran Sains Tulen, Kejuruteraan, dan Perakaunan. Tempoh masa program matrikulasi pula adalah selama 1 atau 2 tahun bergantung kepada kursus yang dipohon. Pelajar akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Pelajar seterusnya akan ditempatkan di universiti terpilih mengikut kursus pilihan dan juga keputusan akhir matrikulasi.

Asasi

Program asasi juga sebenarnya adalah sama seperti program persediaan sebelum ke ijazah, iaitu program matrikulasi. Bezanya, program asasi diuruskan oleh pihak universiti sendiri, seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pelajar yang mendapat program asasi, kebiasaannya akan ditempatkan di universiti tersebut selepas tamat program.

PISMP

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP ini juga merupakan pilihan popular kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Para pelajar akan mengikuti program perguruan selama 4 tahun dengan 1 tahun persediaan. Ini juga merupakan laluan cepat dan selamat kepada pelajar lepasan SPM. Pelajar akan ditempatkan di Institut Perguruan yang terdapat hampir di semua negeri di Malaysia mengikut pilihan kursus.

Program Persediaan Luar Negara

Bagi program persediaan ke luar negara, program akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Kebiasaannya pelajar tersebut juga akan ditawarkan biasiswa penuh daripada pihak JPA. Selain daripada pihak JPA, terdapat juga agensi lain seperti MARA yang turut menaja pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Diploma (IPTA)

Bagi adik-adik pelajar yang sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, ini adalah pilihan yang paling sesuai. Banyak kursus yang ditawarkan oleh IPTA seperti UiTM dan UTM yang menawarkan kursus diploma kepada pelajar lepasan SPM.

Diploma (POLITEKNIK)

POLITEKNIK juga merupakan pilihan yang tepat bagi pelajar lepasan SPM yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta berkecenderungan kepada kursus-kursus bidang teknikal. Namun, kursus yang ditawarkan oleh POLITEKNIK sebenarnya lebih banyak lagi pilihan. Tambahan pula, kini pelajar lepasan Diploma dari POLITEKNIK juga mempunyai peluang lebih cerah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama di mana-mana POLITEKNIK yang menawarkan kursus sedemikian.

Diploma (IPTS)

Bagi pelajar yang mempunyai sumber kewangan yang lebih, atau mempunyai minat dalam bidang yang tidak ditawarkan di mana-mana IPTA, pelajar boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS. Pemilihan IPTS perlulah dilakukan dengan hati-hati bagi mengelakkan pembelajaran hanya pada separuh jalan. Walau bagaimana pun, kini kita ada banyak pilihan IPTS yang berkualiti serta terbukti dalam melahirkan graduan yang hebat dan setaraf dengan lepasan IPTA. Bijak memilih!

Diploma Kemahiran Malaysia

Kursus Diploma Kemahiran Malaysia pula ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berminat dengan bidang-bidang kemahiran. Pelajar-pelajar seperti ini boleh memasuki Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti, Akademi Binaan Malaysia CIDB dan banyak lagi institusi lain. Ianya tidak terhad kepada kemahiran perindustrian sahaja, malah kemahiran seperti bertukang, pertanian juga turut ditawarkan.

Kerja (5 Tahun Pengalaman)

Bagi yang ingin bekerja dahulu, pengalaman bekerja selama 5 tahun juga boleh digunakan untuk memohon kursus tertentu dalam mendapatkan Ijazah Pertama. Kementerian Pengajian Tinggi KPT ada menyediakan ruang dan laluan khas untuk mereka yang bekerja dengan pengalaman lebih 5 tahun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Add Comment