Gara Gara Air Dalam Tin Susu Ini Viral Dan Mendapat Sambutan, KKM Akhirnya Keluarkan Arahan Yang Bakal Mengejutkan Semua Peminumnya

KUALA LUMPUR: ORANG ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada minum daripada tin susu yang dikitar semula.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi akaun Facebooknya berkongsi pandangan pegawai perubatan yang berpendapat bahawa penggunaan tin dikitar semula adalah membahayakan pengguna.

Menurut kenyataan itu, antara risiko menggunakan tin dikitar semula adalah bahaya luka atau trauma pada kawasan muka, dan juga risiko keracunan makanan jika tin yang digunakan itu karat atau kotor.

“Bayangkan beberapa perkara yang boleh terjadi seperti Leptospirosis (kencing tikus), Diabetes Mellitus (kencing manis), Tetanus infection (kancing gigi), trauma luka akibat besi tajam dan penyakit lain iaitu tiga serangkai kesan daripada kencing manis.”

“Kesimpulannya sangat tidak digalakkan untuk dihidang minuman dalam tin.”

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan viral di media sosial sebuah kedai makan dipercayai di Pulau Pinang yang menghidangkan minuman kepada pelanggan menggunakan bekas tin susu.

Dalam perkongsian sama, para peniaga turut dinasihatkan untuk berpada-pada dalam menggunakan taktik ‘hipster’ bagi menarik perhatian orang ramai.

“Perlu berpada-pada untuk membuat sesuatu yang hipster bagi menarik perhatian orang ramai. Utamakan keselamatan dan kesihatan.”

Pengendali Facebook KKM itu walau bagaimanapun berkata kenyataan yang dibuat merupakan pandangan daripada pegawai perubatan dan bukan kenyataan rasmi kementerian.

Sebabkan keunikan bekas air yang digunakan untuk pelanggan, ramailah orang tertanya-tanya kat mana lokasi kedai ni. kan? Tetapi ramai jugak yang tanya selamat ke air dalam tin ni?

Jom lihat respond netizen terhadap trend minum air dlm tin susu ini :

Tak takut ke tertoreh tajam?

Dulu-dulu, agak commonlah bila jumpa orang berniaga jual air dalam tin macam ni.

Tapi mungkin dah tak ramai amalkan sebab fikir faktor kebersihan dan keselamatan. Dan memang betul, ramai yang risau. takut dapat tetanus! lol

Sumber: Twitter

Jauh betul imagination ko dik, seram pulak fikir kalau ada yang berdarah-darah luka minum kat situ.

“Tin tu basuh ke tak sebelum buka?”

Tapi bukan dia seorang je yang risau atau tertanya-tanya. Ramai lagi sebenarnya.

Sebab macam yang semua orang tahu, tin ni kan sifatnya mudah berkarat dan kemik. Kalau guna banyak kali, tak ke bahaya? betul tak?

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Tin susu pakai sekali saja

Sebabkan ramai sangat yang risau, jadi ada orang yang tanyakan sendiri kepada pemilik kedai tentang tahap kebersihan dan keselamatan berniaga guna tin tu.

Menurut kata pemilik, Michael, tin ni dipakai sekali saja dan jumlahnya terhad.

Sumber: Twitter

Jadi, dah bolehlah tarik nafas lega kalau ada sesiapa yang nak tahu tu kan?

Bagi sesiapa yang teringin nak cuba atau berjumpa sendiri owner ni, bolehlah terus ke Kedai Kopi Bobo.

Sumber: Facebook

Tin Kopi Penang ni dah lama dah ada kat kawasan Taman Lip Sin di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Korang cuma perlu waze je lokasi dan nanti jumpalah di kawasan flat berdekatan situ.

Sumber : klviral/fb KKM

Add Comment