Subhanallah, Imam Besar Masjid Jamek di Johor & Isteri ‘Mengadap Illahi’ bersama semasa tidur سُبْحَانَ اللّهُ

Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ …

“Pagi ini kami menerima khabar berita dari pasukan SPJM Negeri Johor memaklumkan bahawa Imam Besar Masjid Jamek Simpang Renggam Imam Hj Bera bin Madiran & isteri Hjh. Maimunah telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.

Suami dan isteri ini dikatakan meninggl dunia saat mereka sedang tidur setelah anak pasangan ini hairan kerana mereka tidak bangun untuk menunaikan solat Subuh di masjid seperti kebiasaannya.

Malam tadi Imam Hj. Bera sempat memimpin solat jemaah Maghrib & Isyak di masjidnya dan tiada siapa menjangka itulah solat jemaah pimpinannya yang terakhir. Subhanallah..

Beliau dikatakan menghidap penyakit kencing manis dan arwah isterinya pula menghidap kans3r limfoma. Semoga Allah swt mengurniakan keduanya Husnul Khotimah dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Aamiin..

Sungguh indah detik kem4tian mereka. Boleh dikatakan inilah bukti ‘Setia Hingga Ke Hujung Nyawa’..

Insya’Allah, kami menantikan perkembangan berita lanjut dari pasukan SPJM Johor dari semasa ke semasa. Teruskan menyokong SPJ Malaysia dan jemput Like FB Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia.”

-Ust. Rafie Zainal-
Pengerusi,
SPJ Malaysia; Majlis Usrah Nur Fattah
013-322 7937 (24 jam berkhidmat)

sumber; Skuad Pengurusan Jen4zah – SPJ Malaysia

Kredit: SepatuPutih

Add Comment