Makcik Duk Luar Jer, Anak Suruh Pakwe Dia Masuk Dalam Tengok. Kisah Anak Tinggalkan Ibu Luar Dewan Masa Konvo Buat Ramai Sebak

Ibu ada insan utama yang gembira bila melihat kejayaannya, dia lah orang pertama yang pasti gembira bila melihat kita memegang segulung ijazah.

Tapi rasa sedih, kecewa, terkilan bahkan marah dengan kisah yang dikongsikan ini. Tak patut si anak melayan ibunya sedemikian rupa!

Dalam satu perkongsian, seorang individu telah menceritakan bagaimana beliau melihat seorang ibu tua ditinggalkan di luar dewan Konvo oleh anak kandung sendiri semata-mata mahu teman lelaki yang masuk untuk melihatnya naik pentas.

” Sampainya hati! jangan sesekali korang buat dekat ibu korang macam ni… dalam setiap perjalanan anda terselit doa ibu untuk berjaya..” tulis individu terbabit sambil berkongsi kisah menyayat hati ini.

Menurut beliau yang memulakan kisah ini, pada waktu itu beliau berada di perkarangan luar dewan sambil menunggu upacara konvo bermula.

Aku tanya, ” Makcik tak masuk dalam tengok anak konvo ke?” sambil aku betulkan bunga konvo kat tangan aku.

Lepas tu dia jawab, ” Pakcik sorang jer masuk, makcik duduk luar jer. Anak makcik suruh pakwe masuk tengok dalam”

” Anak makcik suruh bagi pakwe dia masuk dalam tengok dia naik pentas”, tambah makcik itu lagi dengan wajahnya yang sayu.

Begitulah perbualan antara individu terbabit dengan makcik itu, meskipun ringkas sahaja namun terselit seribu makna dan mampu menyentap hati setiap insan yang bergelar manusia.

Apa tidaknya, jika kita berada ditempat individu itu, pasti kita juga akan merasa betapa sedih dan peritnya melihat seorang anak sanggup melakukan perkara sebegitu kepada ibu sendiri.

Apa lagi jika kita letak diri kita sebagai makcik itu, apakah perasaan kita sebagai ibu diperlakukan sebegitu oleh anak sendiri, bagaimana mengenang setiap doa diselitkan kepada Allah supaya memberikan kejayaan kepada anak. Namun bila tiba hari konvo, saat kita mahu melihat dan meraikan kejayaan anak, ini balasan yang kita dapat.

Allahu..memang perit jika kita memahami perasaan makcik tersebut.

Sementara itu perkongsian terbabit telah mendapat perhatian ramai netizen. Rata-rata bengang dengan sikap anak makcik tersebut, biarpun tak tahu siapa tetapi mereka sendiri dapat rasai kesedihan pada hati si ibu. Malah ada yang jenis sanggup tak hadir ke hari konvokesyen demi menjaga hati ibu dan ayah mereka.

“Sanggup kau gantikan mak sndiri dgn pakwe kau? Dasar anak x mengenang budi! Jgn hairan ye 1 hari nnt klu pakwe kau GANTIKAN kau dgn org lain pulak..” kata seorang netizen bernama Zieana Zaini

Orang yang menjaga kita dari kecil sampai dewasa adalah ibu bukan teman lelaki, jadi memang patut pun dia orang yang layak untuk menikmati hari bermakna itu. Macam-macam lagi hentaman netizen berikan, harap sikap sebegini dapatlah kita jauhkan.

Pihak admin Gnews berdoa semoga makcik tersebut dipermudahkan segala urusan dan dibuang segala perasaan sedih dalam hatinya. Semoga makcik itu masih mempunyai anak lain yang masih boleh memberi kegembiraan kepadanya. Aminn

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Gnews

Sumber: lobakmerah

Add Comment