Kereta Kena Double Park, Tindakan Doktor Ini Harus Menjadi Contoh Buat Kita Semua.

Tindakan seperti ini boleh dilakukan dengan langkah yang betul. Contohnya, jika anda telah menghalang sesebuah kenderaan daripada keluar dari parkir kereta, perlulah anda meninggalkan sekeping nota yang tertera nombor telefon anda.

Bertujuan bagi memudahkan pemilik kenderaan yang anda menghalang untuk keluar dengan hanya menghubungi anda. Ianya tidaklah sesukar mana pun hanya tinggalkan sekeping nota dengan nombor telefon yang tertera jika terdapat urusan penting.

Baru-baru ini seorang doktor wanita iaitu Dr Aniah yang bekerja di sebuah Hospital di Melaka telah berkongsi pengalaman ketika beliau tidak boleh keluar dari tempat letak kereta akibat dihalang oleh kenderaan lain.

Pemilik kenderaan itu juga langsung tidak meninggalkan sebarang nota ataupun nombor telefon untuk dihubungi supaya dapat mengalihkan kereta. Namun begitu, tindakan doktor ini telah membuatkan ramai masyarakat memuji tindakan beliau.

Ketika tiba di kereta untuk pulang menjemput anak dari sekolah, kenderaan yang menghalang itu langsung tidak meninggalkan nombor telefon.

“Jika anda menghalang kereta lain dari keluar, anda hanya perlu meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan untuk memudahkan orang lain mengalihkan kenderaan anda. Kelmarin ketika tiba di kereta, saya mendapati kereta saya dihalang oleh kenderaan lain yang tidak meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan.”

“Paling mencabar apabila pemilik kenderaan langsung tidak kelihatan selepas 5 kali pengumuman dibuat dalam masa 30 minit. Saya kesuntukan masa untuk mengambil anak saya Lillie dari sekolah. Saya cuba untuk bersabar dan mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat Grab Car dan menjemput anak dari sekolah.”

“Sebelum meninggalkan kenderaan saya, sekeping nota telah ditinggalkan kepada pemilik kenderaan tersebut bahawa apa yang dia lakukan ini boleh memberikan kesan yang tidak baik terhadap orang lain.”.

Nota yang ditinggalkan kepada pemilik kenderaan

Nota yang ditinggalkan bertulis:

Encik/Puan, sila tinggalkan nombor telefon kalau menghalang kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit menunggu. Saya harap encik tidak ulangi kesilapan ini lagi. Terima kasih, dari Dr Aniah.

“Seterusnya, ketika saya kembali semula ke hospital, kereta saya masih dihalang untuk keluar! Saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta saya di hospital dan sekali lagi menggunakan khidmat Grab untuk pulang ke rumah. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM20 walaupun dekat.

Pemandu Grab Car diberitahu tentang kejadian yang menimpanya memberi cadangan agar terus menunggu sehingga pemilik kenderaan muncul atau pecahkan cermin keretanya.

“Saya memberitahu kepada pemandu Grab tentang kejadian yang menimpa saya, lalu dia menyuruh saya untuk tunggu sehingga pemilik kenderaan muncul. Ataupun mengambil gambar kenderaan tersebut untuk diviralkan di media sosial. Malah, dia juga menyuruh saya untuk memecahkan cermin kereta tersebut.”

“Saya memberitahunya tidak mengapa, saya hanya ingin pulang ke rumah selepas satu hari bekerja dan hanya terima hakikat bahawa semua yang terjadi mempunyai sebab. Mungkin juga semua yang terjadi adalah ‘rezeki’ untuk pemandu Grab tersebut. Bagi saya, semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.

Kereta itu ditinggalkan sehingga keesokan harinya. Namun, apa yang terjadi telah memberikan kesan besar kepadanya….

“Pagi ini saya menumpang rakan sekerja untuk ke hospital. Ketika sampai, saya terus menuju ke kereta saya dan menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan. Nota itu bertulis”:

“Saya mohon maaf atas kesalahan saya. Saya tergesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin. Saya terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan maaf atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF.”

Nota yang ditinggalkan oleh pemilik kenderaan

“Apabila saya membaca nota itu, saya terus berasa lega kerana saya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan apa-apa perkara yang akan membuatkan saya kesal. Saya juga tidak dapat membayangkan jika dia sedang berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan dan seterusnya melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminnya.”

“Saya tidak boleh mengawal situasi yang telah terjadi namun saya mampu untuk mengawal pemikiran dan kelakuan saya.”

Kisah yang dikongsikan ini telah membuka mata masyarakat untuk lebih bersabar ketika menghadapi dugaan seperti ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber

Add Comment