Tunku Azizah Panik Bila Kereta Diraja Tersadai Tepi Jalan, Tapi Respon Tunku Azizah Bila Tengok Tayar Pacit Itu

Kerabat diraja Pahang antara kaum kerabat yang sering kali menjadi tumpuan rakyat jelata. Bukan sahaja di Pahang, malah kemesraan yang ditunjukkan menjadi inspirasi kebanyakan rakyat Malaysia.

Terbaru, sesuatu yang melucukan dikongsi K.D.Y.T.M. Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika sedang dalam perjalanan di Mersing. Menurut Tunku Azizah, kereta yang dinaikinya secara tiba-tiba pancit menyebabkan kenderaan diraja itu berhenti seketika ditepi jalan.

Melihatkan pada kejadian tersebut, anakanda Tunku Azizah iaitu Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatu’llah sempat merakamkan video menerusi laman Instagram nya.

Menurut Tunku Azizah, Tengku Afzan begitu teruja mengalami kejadian tersebut memandangkan ini adalah kali pertama kereta yang dinaiki mereka pancit di tengah jalan.

Rata-rata pengikut baginda turut terhibur melihat Tunku Azizah yang berseloroh selain mendoakan keselamatan Tuanku berdua. Comel bukan?

Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah sememangnya dikenali sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat kerana sentiasa dekat dengan rakyat jelatanya. Baru-baru ini Tunku Azizah telah mencemar duli menerima Anugerah Khas dari Jabatan Penjara Malaysia. Selain anugerah tersebut, Tunku Azizah turut menerima kain keruping dan sepucuk surat dari banduan yang menenun kain itu.

Di dalam surat tersebut, mereka mengucapkan syukur kerana akhirnya dapat bertemu dan berbicara dengan Tuanku Azizah yang selama ini hanya dapat dilihat di media massa.

Selain itu, mereka berterima kasih kerana diberikan peluang belajar teknik-teknik menghasilkan kain di bawah label Tenun Pahang Diraja. Paling sebak, mereka bersyukur dapat menikmati makanan yang tidak pernah mereka mimpikan selama ini. Jasa dan budi baik Tunku Azizah ini pasti akan dikenang mereka selagi nyawa dikandung badan.

Buku masakan Tunku Azizah jadi modul KYP

 Dua naskhah buku masakan air tangan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipilih menjadi sebahagian modul pembelajaran penuntut Kolej Yayasan Pahang (KYP) Advanced Skills di sini.

Pengarah KYP Advance Skills, Datuk Noorhishamuddin Yaacob berkata, dua buku tersebut akan menjadi modul pembelajaran penuntut kursus kulinari dan bakeri di bawah unit kompetensi Masakan Asia.

“Saya yakin dengan pendedahan diberikan kepada penuntut KYP Advance Skills melalui buku ini dapat memberi nilai tambah kepada mereka untuk bersaing dalam pasaran kerjaya industri perhotelan.

“Alumni KYP Advance Skills khususnya dalam bidang kulinari bekerja dalam pelbagai peringkat di hotel seluruh negara bahkan di seluruh dunia,” katanya dalam majlis perasmian Buku Air Tangan Tengku Puan Pahang di Villa KuChinta, Kampung Cherok Palok, dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kehormat Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF), Datuk Hamimah Abdul Karim.

Dua naskhah buku masakan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha untuk mengumpul dana yayasan tersebut.

Dana yang diperoleh itu dapat membantu lebih ramai pasangan yang telah lama berkahwin untuk memperoleh anak menjalani rawatan kesuburan (IVF).

Majlis pelancaran buku yang bertajuk Air Tangan Tengku Puan Pahang – Masakan Tradisional Pahang dan Air Tangan Tengku Puan Pahang – Manisan Tradisional Pahang itu disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, 6 Ogos lalu.

Buku yang dijual dengan harga RM380 sebuah, diterbitkan oleh TAFF adalah hasil kompilasi resipi yang didokumentasikan sendiri oleh Tunku Azizah sendiri dengan mencemar duli menjelajah setiap pelosok daerah negeri ini.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MemoriKini

Add Comment