“Alhamdulillah Sejuk Perut Ibu Yang Mengandung..” – Marissa Damia Di Majlis Anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri.

Pada perkongsian pada kali ini, Norman Hakim memuatnaik gambar dan video durasi pendek disekitar majlis Anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri dimana anak perempuan nya, Marissa Damia merupakan pelajar yang cemerlang dalam kalangan pelajar pelajar ditempat pengajian nya. Netizen menyifatkan ini adalah anugerah daripada Yang Maha Kaya pada nya dengan diberi nikmat Cantik, Pandai dan juga mahir dalam ilmu kalam akhirat. Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, sama samalah kita sedekahkan selawat kepada rasul junjungan agar suatu hari nanti peroleh syafaat daripada-Nya.

Berikut dibawah merupaka gambar – gambar yang dikongsi oleh Norman Hakim menerusi instagram nya :

Goodluck cenonet cayang @marissadania_ @marissadaniaaaaa_ .We r here for u.Papa yang nerves nih BISMILLAH.

Sebelum Ini, Norman Hakim berumah tangga dengan aktres Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi dan mempunyai tiga orang anak iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Kedua-dua pasangan ini pernah bercerai pada April 2006 akibat tekanan dalam rumah tangga namun demi kebahagiaan anak-anak, mereka berdua bertaut kembali.

Di Majlis Konvokesyen Al-Quran,Hadith & Turath As-Sofa 2018, Norman memuatnaik satu Video dengan kapsyen :

Majlis Konvokesyen Al-Quran,Hadith & Turath As-Sofa 2018. Anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri untuk @marissadania_ @marissadaniaaaaa_

Apa itu Qasidah Burdah?Qasidah Burdah adalah terjemahan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w ke dalam bentuk bait-bait puisi kesusasteraan Arab oleh Imam Al-Busiri yang mengandungi 160 bait

Dan Alhamdulillah syukur Ustazah bagitau Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat hafal 160 bait itu dalam masa 4 hari.Allahu alhamdulillah syukur terima kasih sekali lagi Ya Allah Maha Pengasih & Pemberi segala nikmat & rahmat

Terima kasih Ya Allah kerana memilih & memberi peluang kepada anak2 kami dalam memperjuangkan kitab2 suciMu.

Semoga Damia dikurniakan kesejahteraan dunia akhirat dan menjadi anak yang solehah. Jom lihat juga apa kata netizen di bawah, rata rata netizen mengucapkan tahniah pada Damia diatas kejayaan ini.

Best norman hakim dpt ank mcm ni… Sopan je. Sejuk hati tgk

Allahu… Alhamdulillah… Tahniah.. Semoga terus istiqamah semoga berjaya di dunia & akhirat

tahniah pada dania dan ibu bapa..berjaya mndidik kearah kebaikan dunia dn akhirat….Alhamdulillah…

Ya Allah terangnya hati dia…

Alhamdulillah..Tahniah!

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : IG normanhakim

Add Comment