“Siapa Pernah Jadi Penumpang Saya?” – Zarul Throwback Zaman Jadi Pramugara

Penyanyi dan bekas bintang Gegar Vanganza 3, Zarul mengimbau kembali kenangan sewaktu pertama kali bergelar pramugara Malaysia Airline pada tahun 2002.

Zarul berkongsi kisahnya menerusi akaun Instagram dengan memuat naik beberapa foto.

Kata Zarul, foto yang merakamkan dirinya segak memakai seragam pramugara itu diambil ketika dia masih lagi baru bertugas sebagai cabin crew.

“#throwback 2002- masa ni saya masih baru setahun jagung dalam airline, sebelah tu senior saya dan dia masih lagi bersama and MAS.

“Masa ni kami dalam kapal Boeing 737-400, sekarang MAS dah tak pakai kapal ni lagi dah, sekarang pakai 737-800, kapal ni tak banyak beza cuma lebih panjang sedikit dari yang dulu.

“Oh kalau ada yang tanya kenapa berbeza uniform saya dulu dengan yang sekarang? Ye ini uniform lama since saya join Jan 2000 saya pakai sampai lah ditukar kepada yang sekarang ni tak silap tahun 2012/2013.

“ #funfact Kebaya MAS ni direka oleh Kajian Seni Reka Fashion ITM pada tahun 1986 dan tahun 1993 diubah warnanya dari brown kepada warna sekarang – siapa pernah jadi penumpang saya sila 👋🏼👋🏼,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji wajah tampannya selain berkongsi cerita pernah bertemu Zarul ketika dia masih bertugas sebelum ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Foto: Instagram @zarulumbrella via Gempak

Add Comment