Pemandu Grab dedah pengalaman seram dapat duit tambang wang tunai bertukar jadi daun kering

PETALING JAYA: Wang tunai bertukar jadi daun kering!

Itulah pengalaman yang dilalui seorang pemandu Grab apabila tambang RM8 yang dibayar seorang penumpang wanita tiba-tiba bertukar menjadi daun kering pada malam Sabtu.

Kisah aneh itu dikongsi isterinya menerusi satu bebenang di Twitter pada Sabtu dan diulang kicau lebih 12,000 kali.

Menurut wanita tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Farah, suaminya mengambil penumpang berhampiran Pasar Gunung Rapat menuju ke Jalan Hoover di Ipoh, Perak.

Posting Farah pada Sabtu menjadi tular di Twitter.

“Masa dia ambil penumpang tu kira-kira pukul 7 malam, dah Maghrib. Kebetulan kawasan tu dekat dengan rumah kami dan itu trip terakhir, jadi dia terima permintaan penumpang itu.

“Dia turunkan penumpang tu dalam pukul 7.10 malam. Wanita tu memang bagi duit tambang RM8 dalam bentuk RM1 sebanyak lapan keping dan suami pun masukkan wang tu dalam dompet dia.

“Namun sudah jadi amalan dia akan periksa dompet selepas hantar penumpang sebab dia akan pindahkan duit tersebut ke dalam ‘pouch’. Bila buka je dompet, tengok ada daun,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Terkejut dengan kejadian itu, suami Farah yang hanya ingin dikenali sebagai Zed terus memaklumkan mengenai perkara itu kepadanya.

“Suami mesej saya dekat WhatsApp mengenai daun tu. Saya tak fikir langsung benda pelik-pelik. Ingatkan suami nak buat lawak sebab dia memang suka bergurau.

“Sampai je dekat rumah, bila dia buka cerita tu saya terkedu seketika. Biasalah mesti fikir hantu dulu. Suami pun pelik sebab daun kering dalam dompet dia tu ada lapan helai.

Farah berkongsi paparan skrin mesej suaminya mengenai kejadian aneh itu di Twitter.

“Suami pun terus buang daun tu sebab macam bahaya nak bawa balik benda dia sendiri tak tahu apa. Lagipun kami ada anak kecil,” katanya.

Farah berkata suaminya memaklumkan wanita tersebut turut berkelakuan aneh semasa di dalam kereta.

“Suami pun macam tak sedap hati sebab dia kata gaya perempuan tu pun pelik. Dia kata wanita tu suka gelak. Sikit-sikit gelak. Bila langgar lubang pun gelak.

“Dari gaya percakapan wanita tu orang Indonesia. Tapi sampai sekarang kami masih lagi tertanya sama ada dia adalah manusia atau sebaliknya,” katanya.

Meskipun rata-rata netizen menyifatkan wanita tersebut sebagai makhluk ghaib, Farah berkata dia percaya suaminya sudah dipukau.

“Ada juga yang cakap wanita tu mungkin hantu. Ini kerana hantu pun guna duit dekat alam bunian untuk buat sebarang bayaran.

“Namun saya lebih suka buat kesimpulan wanita itu adalah manusia sebenar dan dia mengamalkan ilmu tarik duit. Itu lebih logik,” katanya.

Farah turut meluahkan rasa kesal sekiranya wanita tersebut menggunakan ilmu pukau untuk mengelak daripada membayar wang tambang perkhidmatan Grab yang disertai suaminya sejak setahun yang lalu.

“Pelik ada juga orang zaman sekarang ni nak guna ilmu untuk bayar Grab. Dahlah tambang RM8 je, kalau RM800 fahamlah juga.

“Jadi kepada pemandu Grab sila berhati-hati. Nasiblah tambang tadi hanya RM8 je. Kalau RM60 ke apa, rugi kena pukau. Tapi saya anggap itu bukan rezeki suami,” katanya.

Resit perjalanan wanita tersebut turut dikongsi Farah.

Jelas Farah lagi, itu merupakan pengalaman pelik kedua yang pernah dilalui suaminya sepanjang menjadi pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan itu.

“Insiden pertama dulu masa suami buat Uber tahun lepas. Pelanggan umur macam nenek-neneklah. Suami tak syak apa-apa. Pandu kereta macam biasa, memang kena lalu kawasan kubur. Tapi bila sampai kat situ, peliknya GPS suruh pusing kiri masuk dalam kawasan kubur tu.

“Suami tak ikut GPS tu. Dia tanya nenek tu “terus lagi ya?” Nenek tu cakap “ya terus lagi”. Tapi destinasi tu memang depan sikit dari kubur, tanah lapang. Bila suami pusing belakang nak beritahu nenek tu dah sampai, tengok tak ada orang. Bunyi pintu buka pun tak ada.

“Tapi trip yang tu suami tak rugilah sebab nenek tu guna kod promosi Uber. Nak kata malam sangat pun tak tapi insiden berlaku sekitar puku 10.30 malam. Esoknya suami berhenti bawa uber sehari, kemudian sambung balik macam biasa,” katanya.

Antara komen netizen mengenai insiden aneh itu.

Bagaimanapun ibu kepada seorang anak itu berkata, suaminya turut pernah bertembung dengan seorang penunggang motosikal tanpa muka semasa balik bertemu klien untuk urusan jualan beli kenderaan.

“Insiden ini paling menakutkan. Berlaku pada tahun lepas juga, kira-kira pukul 11 malam sewaktu suami balik jumpa klien. Dia berhenti dekat satu simpang, ada sebuah motosikal pun berhenti.

“Dia tengok muka suami saya… suami pun tengoklah balik, ‘orang’ tu tak ada muka. Demam jugalah dia.

“Nasiblah rumah ibu mertua dekat. Jadi suami balik mandi kat rumah mak dia dulu sebab kami ada anak kecil. Bimbang benda tu ikut dia balik,” katanya.

ingatkan duit jdi daun ni dalam filem jee..memang seram

reaksi dari netizan:

“Padahal laki dia dah amek rm8 tu p beli bekalan rokok. Hahaha. Pastu sampai rumah kencing bini dia ckp kena pukau bagai. Tlg la jgn bodo2 cye laki cmnie. Byk sgt kat tepi jln kl tu. Hahaha”

“aku kalau tgh malam dpt penumpang pempuan pastu suka dok gelak tak tentu psl pulak, aku akn turun bg kreta kt dia. ok la kak, ko bt la grab ni. aku balik naik rapid”

“melayu nya kisah lagi ke? nape xpernah jumpa driver bangsa lain ngadu camni eh?”

“Dipercayai dia ni menulis ketika disihir oleh jin orang putih… sebab tu kadang tulis melayu kadang english… mcm org kena rasuk kdg cakap jawa kadang ckp melayu tu laa”

“X kisah lahh jd daun ke jd ulat ke atau jd aliff syukri ke apa duit tu, yg penting ko nk bercerita taip bahasa tu btul2 lahh, nk guna b.i taip b.i trus, klu bhasa melayu, taip melayu trus,ni ntah apa2, bterabur, kjp omputih kjap melayu.., budak2 tweeter mmg mcm ni ea.. acah2 pndai speaking??”

“biasa la..yg buat grab mmg byk kisah2 misteri..cuma x viral je.. ada skali tu, tengah malam..hantar pompuan kat kawasan perumahan org kaya..lot banglo..lepas dh hantar, balik rumah..baru prasan handbag dia tertinggal kat seat blakang..esok paginya pegi situ semula, tengok2..rumah tu lot tanah je..rumahnya takde..penuh belukar mcm tanah terbiar..apa lagi, campak je la handbag tu kat semak samun tu..pastu chow..sib baik x jadi pape..duit yg dia kasi malam tu, ok je..xde plak tukar jadi daun kering..”

“Actually hantu syaitan ni lg pro bab2 hack internet ke apa . Suami sy pernah dapat customer nak bekam , suami pi bekam elok semua siap . Dia bayar ,siap bayar lebih sebab dia puas hati sangat lepas bekam katanya badan jadi ringan . Dah la bekam dgn kitorang harga murah dia kata .”

Korang nak bekam area Penang ,kulim ,parit buntar PM kitorang ek . Confirm puas hati

“Korang tunggu lg seminggu..
Nanti ade cerita baru..

” Penipuan,cerita daun kering grab kemarin adalah cerita rekaan dari anak pemandu teksi untuk menakotkan grab,sekarang grab dah berkurangan,anak pemandu teksi itu berjaya menipu rakyat malaysia “ni malaysia..mcm korang x paham pulak”

“Aku cukup fedup nak baca kejap bahasa melayu kejap bahasa inggeris. Jilaka, nk tulis inggeris, terus lah sampai habis, nk tulis melayu tulis la sampai habis2..campur2 apa”

Siapa Penumpang Misteri Dalam Grab??

Bila malam naik Grab, rasa seram kan? Ye lah takut kalau-kalau dapat pemandu yang ada niat jahat. Bukan tak pernah ada kes yang kurang enak didengar pasal mereka ni.

Tapi lain pula dengan apa yang terjadi kepada penumpang ni sebab dia bukan ditakutkan oleh pemandu Grab tetapi oleh ‘penumpang’ lain yang ada dalam kereta yang sama.

Gambar hiasan
Menurut Wooshfeed, seorang lelaki, Sam Andrew Lee telah berkongsi kisah paranormal yang terjadi kepadanya sewaktu menaiki Grab untuk ke Oasis di Filipina.

Kata Lee, semasa di dalam Grab tu, dia rasa bengang dengan pemandu sebab mempunyai penumpang lain dalam kereta tu sedangkan Lee bukannya book Grabshare. Bagi yang tak tau, Grabshare merupakan alternatif bagi penumpang yang nak enjoy naik grab dengan tambang yang lebih murah sebab boleh share ride dengan stranger.

So, maybe sebab tu Lee tak selesa nak naik dengan stranger lain dalam satu teksi. Tapi yang pelik dan menakutkan ialah bila pemandu tu memberitahu Lee yang dia seorang je penumpang dalam kereta tu. Ah, sudah….

Sumber: Wooshfeed
Lee pun rasa tak sedap hati sebab dia sorang je yang boleh nampak ‘penumpang’ tu. Lepastu masa sampai di Litex di Commenwealth Avenue, ‘penumpang’ tu hilang dan muncul semula masa kereta itu menuju ke Sandigan.

Sebab nak buktikan jugak dekat pemandu yang ada ‘penumpang’ lain dalam kereta tu, Lee mengambil keputusan untuk ambil selfie dan bila tengok balik gambar tu, memang jelas nampak entiti tu!

Sumber: Wooshfeed
Bila dah nampak muka ‘penumpang’ tu dan dah sampai ke destinasi, Lee cepat-cepat keluar kereta serta meminta maaf dekat pemandu tu sebab dia tak dapat nak temankan memandangkan dia sendiri dah kecut perut dan enggan duduk dalam satu kereta dengan hantu.

Tak tahulah cerita di sebalik kenapa ‘penumpang’ tu nak menumpang atau kenapa Lee sorang je yang nampak. Tapi yang pasti, gambar itu memang betul menunjukkan ada ‘orang’ lain yang menumpang.

Meremang bulu roma admin.

sumber: celoteh saja

Add Comment