Perut Buncit? Amalkan Jus Mujarab Ini Selama 2 Minggu. Inshaallah Akan Nampak Hasilnya

Mak-mak yang ada masalah perut buncit, sesuai sangat amalkan jus mujarab kempiskan perut dalam 2 minggu ini. Bahan-bahan alami ini bebas bahan kimia dan bagus untuk dijadikan sebagai petua cantik dan langsing. Jus alami inilah yang dikongsikan Amoi Jamu a.k.a Amanda Tan.

Tapi nak bagi betul-betul berkesan, kenalah ikut aturannya. Apa-apa jenis petua pun kalau mak-mak nak amalkan ada syarat dan aturannya. Tak boleh main langgar pantang itu. Sebab itulah orang dulu-dulu sihat. Mereka amalkan minuman kesihatan dengan cara yang selamat. Tidaklah dimodified sana, modified sini ikut logik sendiri.

Bila dah praktik itu jangan lupa lakukan senaman. Jadi lemak degil yang ada dekat perut buncit itu dapatlah disingkirkan dengan cara terbaik.

Satu lagi kalau dah amalkan minuman herba begini, kenalah minum air yang banyak ikut sukatan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh. Barulah ia boleh berfungsi menyingkirkan toksin yang tak diingini oleh tubuh.

Kempiskan Perut Buncit Dengan Cara Alami

Bila sebut sahaja bab perut buncit, ramai wanita amat risau bagaimana cara menanganinya secara sihat yakni semula jadi.

Sebagai seorang wanita, sama ada wanita korporat atau suri rumah, kita sering mencari jalan cepat, selamat dan semulajadi untuk dipraktikkan.

Boleh cuba resipi ini secara konsisten untuk seminggu ke dua minggu. Anda akan merasai perbezaannya.

Baca: Anak Susah Nak Tidur Malam? Tips Untuk Ibu Bapa.. Elakkan 6 Kesilapan Ini Kalau Nak Bayi Senang Tidur

Bahan-bahan

1 inci Halia bentong atau halia tua *saiz ibu jari

4 ulas Bawang putih

1/2 Lemon

1 cawan Air masak *300ml

2 sudu besar Madu

Cara Penyediaan

1.Sediakan semua bahan ikut sukatan. Ini adalah sukatan untuk satu orang. Jika lebih orang, boleh tambahkan sukatan bahan.

2.Cuci bersih bahan dan potong kecil kecil supaya senang dikisar.

3.Masukkan halia, bawan putih, setengah lemon dan air ke dalam blender.Blendkan kesemua bahan sampai sebati.

4.Selesai diblendkan, asingkan jus and hampasnya ke dalam satu cawan.

5.Gunakan sudu plastik dan tambahkan madu. Kacau rata. Siap diminum.

Nota : Kenapa sudu plastik? Kerana besi akan merosakkan khasiat madu.

Khasiat 4 Bahan Utama Dalam Jus Mujarab Kempiskan Perut Buncit

1.Bawang Putih:

√ Bagus untuk menurunkan berat badan, melancarkan peredaran darah, mengelakkan terbentuknya sel sel lemak di dalam badan.

2.Halia Bentong:

√ Memecah lemak , membuang angin dan toksin di dalam badan.

3.Lemon:

√ Kaya dengan serat dan vitamin C untuk meningkatkan sistem imun badan dan melawan jangkitan.

4.Madu

√ Manisan semula jadi yang membekalkan tenaga.

Jangan Langgar Pantang Sebab Bila Tak Jadi.. Anda Jawablah Sendiri!

Sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki.

Plastik sudu digunakan untuk mengekalkan khasiat madu. Jangan tambahkan madu ketika mengisar bahan bahan sebab pisau pengisar adalah besi. Ia akan merosakkan khasiat madu.

Tidak digalakkan ditambah ais. Sebab ais menyukarkan proses penghadaman kita lalu menyebabkan perut buncit.

Amat digalakkan untuk menjaga pemakanan kita seperti mengurangkan pengambilan makanan berminyak, goreng atau manisan yang berlebihan jika kita inginkan hasil yang lebih memuaskan.

Setiap amalan harus konsisten dan istiqomah untuk mendatangkan hasil yang bagus dan berpanjangan.

VIDEO :

Sumber/Foto : Facebook Amanda Tan (Gary Amanda)

credit – mingguan wanita

Add Comment