Kalau nampak lembaga atau makhluk jangan sesekali baca ayat Kursi

PETALING JAYA: Membaca ayat Kursi mempunyai banyak kelebihan, termasuklah menjauhkan seseorang daripada terkena gangguan syaitan dan jin.

Sering kita dengar seseorang itu akan membaca ayat Kursi apabila ternampak atau diganggu oleh makhluk halus.

Namun, lain pula ceritanya dengan ‘teori’ dan pendapat yang dikongsi seorang pengamal perubatan Islam, Muhamad Firdaus Tokimin, 32.

Sebuah video yang dimuat naik oleh pengasas Pusat Rawatan Islam Nur Rahman itu tular di Facebook sejak ia dimuat naik pada Jumaat lalu.

Setakat ini, video tersebut sudah ditonton lebih 636,000 kali dan mendapat 11,467 perkongsian di Facebook.

Muhamad Firdaus yang mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang rawatan Islam menasihatkan orang ramai supaya tidak membaca sebarang ayat, khususnya ayat Kursi jika mereka hanya ternampak makhluk itu kerana dikhuatiri gangguan yang lebih buruk akan berlaku, seterusnya memudaratkan diri.

Paparan skrin perkongsian yang dimuat naik oleh Muhamad Firdaus di Facebook pada Jumaat lalu.

“Kalau benda itu (makhluk halus) hantaran orang (sihir) bermakna dia ada tugasan.

“Kita baca ayat Kursi sebab kita takut, kalau dia panas, dia akan tuju (mendekati) kita… kita akan jatuh sakit.

“Kan dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, balik rumah je, dia jatuh sakit,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Sebaiknya bapa kepada dua cahaya mata itu menyarankan mereka yang berdepan dengan gangguan ketika memandu misalnya, supaya meneruskan perjalanan ke kawasan selamat dan berhenti menunaikan solat sebelum membaca ayat Kursi.

Tambah Muhamad Firdaus, dalam situasi tersebut, ayat Kursi tidak dibaca ketika makhluk itu dilihat berada di tepi jalan, namun sekiranya pemandu atau penumpangnya diserang, barulah ayat tersebut boleh dibaca untuk melindungi diri.

“Jangan pandai-pandai (baca) sebab ia akan menyebabkan makhluk itu panas, dia ibarat diganggu dan akan menyerang balik.

“Kalau dia tu jin sihir yang dihantar untuk menyerang orang lain, kebetulan anda lalu, kalau dia bawa santau, anda yang terkena santau.

Menurut Muhamad Firdaus, video penstriman langsung berkenaan dimuat naik bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memahami kaedah mengawal keadaan apabila berdepan situasi seperti itu.

Ketika video tersebut dirakamkan, Muhamad Firdaus berhenti sebentar di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah semasa dalam perjalanan untuk ke majlis pertunangan adiknya di Maran, Pahang.

Katanya, dia dan beberapa rakannya berpengalaman melihat penampakan jin yang menyerupai pontianak di lebuh raya bertentangan dengan R&R tersebut pada hujung tahun lalu.

“Jin tu tak kacau kami pun, kami ternampak ‘dia’ di situ ketika singgah makan pada pukul 2 pagi. “Mungkin secara kebetulan masa penampakan tu keluar, dilihat oleh kami.

“Ada kiraan tempoh tertentu yang manusia boleh nampak makhluk halus ni,” dakwanya.

Tonton video di bawah

Kongsikan,semoga bermanfaat.

Sumber : mstar/edisimedia

Artikel Berkaitan: Nak Masuk Rumah Baru, Suami Wajib Buat 5 Perkara Ini

Berpindah ke rumah yang baru dibeli memang sangat menyeronokkan. Rasa gembira dan bangga yang tidak terkira kerana dapat menyediakan sebuah rumah untuk isteri dan anak-anak. Anak-anaklah orang yang paling gembira saat ni.

Pun begitu jangan hanya fikirkan keseronokkan untuk menghias semata-mata. Ada banyak perkara yang anda kena dahulukan untuk pastikan keadaan rumah dalam keadaan baik.

Selain mencuci seluruh rumah hingga bersih terlebih dahulu, enam perkara ini patut anda buat. Tak kira samada rumah baru, rumah yang sudah lama ditinggalkan pun kena lakukan perkara yang sama.

1. Laungkan Azan

Langkah ni memang wajib buat. Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah

memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni), ia pasti akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-‘Ammar), yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Baca Surah Al-Baqarah

Bila dah pindah ke rumah baru, malam pertama pastikan anda habiskan Surah Al Baqarah. Paling kurang pun pasangkan surah ini di dalam rumah. Biarkan ia bergema di seluruh rumah anda. Syaitan dan jin akan lari sebaik surah ini dibacakan. Lengkapkan dengan bacaan Yassin sekali.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Solat dan Membaca Al-Quran

Pastikan jangan ditinggalkan solat dan amalkan bacaan Al Quran setiap hari. Inilah pendinding kita umat Islam. Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di

dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi
sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah

Yang ni wajib buat sebelum berpindah masuk. Pagarkan rumah dengan renjisan air yassin pada setiap penjuru rumah. Lengkapkan dengan bacaan Yassin setiap hari sepanjang hari. Insyaallah rumah akan dilindungi.

Atau cara paling mudah, ambil segelas besar air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.

Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Percaya dan yakinlah Allah sentiasa melindungi kita.

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama

Add Comment