2 Bulan Merempat Dalam Kereta, Isteri Berpantang Pun Dalam Kereta. Mereka Tidak Meminta Tetapi Ada Juga Yang Mengecam .. Ini Kisah Yang Tidak Ramai Tahu

Viral di media sosial tentang 1 keluarga yang hidup di dalam kereta sahaja. Isteri berpantang pun dalam kereta dengan anak anak yang lain. Kejadian ini mendapat ribuan share dan ribuan komen dari netizen. Mari baca kisah bagaimana keluarga ini dijumpai selepas itu ada perkara yang tidak sedap dibaca yang datang dari netizen sendiri.

Kisah ini diceritakan oleh saudara Zack Rstar “Gua dapat laporan berkenaan tentang kisah keluarga yang tidur dan merempat di tepi jalan iaitu di RnR Sg Buloh. Malam tadi sekumpulan sahabat gua Ubai Hati Merah, Hanim Azman dan Muamar Il-guerriero telah berhenti di RnR untuk mengisi minyak. Mereka ditegur oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Faizal bertanya untuk meminjam jumper.

Apabila sahabat2 gua pergi kat kereta Faizal mereka terkejut bila tengok dalam kereta beliau ada ubat nyamuk yg sedang dipasang, baju2 berselerak dan anak2 kecik yg sedang tidur. Bila ditanya apa buat kat sini jawab Faizal mereka hanya rehat2 je. Sahabat gua tidak berpuas hati lalu mendesak Faizal sama untuk beritahu perkara yg sebenar. Faizal mengaku sudah 2 bulan beliau tidak ada rumah dan duduk di tepi highway.

PASANG UBAT NYAMUK DALAM KERETA KETIKA BERMALAM

Sahabat2 gua tidak sanggup melihat keadaan mereka terus bawak mereka ke Kota Damansara dan mempatkan mereka di sebuah hotel murah. Beliau memaklumkan gua untuk datang dan lihat sendiri keadaan mereka.

MEREKA MENAWARKAN KELUARGA INI BERMALAM DI HOTEL

Apabila gua sampai di hotel, Faizal menyambut gua sambil berkata “maaf bang, saya taknak susahkan sesiapa. Kawan abg yg bawak kami ke sini” mungkin dia agak takut dengan gua terus gua jelaskan niat gua datang. Beliau pun duduk dengan gua bercerita dari awal hingga akhir.

Faizal dilahirkan di Selangor dan sepatutnya mendapat IC tetapi kerana beliau lahir di rumah manakala bidan yg sambutnya meninggal mengakibatkan beliau tercicir IC. Tambahan pulak ibunya warganegara Indonesia. Ayahnya adalah rakyat Malaysia.

KISAH HIDUP FAIZAL

Faizal yg hidup kemiskinan sejak kecil terpaksa berhenti sekolah tahun 5. Sejak itu beliau menyara diri dengan membuat kerja buruh sejak bertahun2 lamanya. Beliau berkahwin. Baru2 ini beliau memperoleh cahaya mata yg kini berusia 2 bulan. Isterinya diberhentikan kerja sejak majikan tahu dia mengandung.

Anaknya yg berusia 2 bulan terpaksa diserahkan kpd org lain kerana kesempitan. Selepas diberhentikan kerja, isterinya meniaga nasik lemak di Bukit Beruntong. Pendapatan yg tidak menentu mengakibatkan mereka gagal melunaskan baki sewa sebanyak RM100 dan mereka terus diusir keluar rumah. Maka tinggal lah mereka di dalam kereta dan berpantang.

Setiap hari Faizal akan pergi kerja sebagai pencuci kereta dan tinggalkan anak2 dan isteri di RnR. Anaknya yang berusia 8 tahun yg sepatutnya bersekolah sudah tidak bersekolah sejak sekolah dibuka kerana tidak mampu.

Faizal memperoleh pendapatan sebanyak RM50 sehari sebagai tukang cuci kereta di Sg Penchala. Beliau akan pergi kerja pagi dan balik lewat petang. Bukan balik ke rumah tapi balik ke RnR. Bayangkan isteri berpantang di RnR yang hanya duduk di tempat rehat bersama anak2 kecil. Gua tanya 1 soalan yg buat gua sebak apabila dengar jawapannya.

KESIAN DEKAT ANAK ANAK DIA

“Anak2 minum susu ape?”

“Anak2 sy bg sirap je bang. Kadang2 air paip” jawab Liza

Hello….korang bukan pendatang. Korang rakyat MALAYSIA. Gua ulang RAKYAT MALAYSIA!!! Korang adalah saudara Islamku kenapa kau tak mintak bantuan sesiapa. Jawapannya singkat

“Kami taknak susahkan sesiapa bang. Ini pun kami malu. Saya sayangkan suami saya dan anak2. Kami rela susah. Kami yakin dengan ujian ini. ALLAH nak uji iman kami”

Gua takleh tahan tengok dieorang. Gua mintak maaf. Gua undur diri. Gua hendak muhasabah diri. Dunia ini kejam ya Allah…

Kepada sesiapa yang sudi membantu, boleh hubungi Faizal 011-23783902 / Liza 017-2796023. Acc Ambank 8881015216094. Liza akan maklumkan sekiranya keperluan sudah cukup. Itu pun selepas gua paksa mintak semua butir2 ini.

Untuk makluman, mereka ada anak 4 org:

1. Mohd Adam Dansih 8 tahun
2. Mardiah Azzaharah 5 tahun
3. Mohd Amar Syukur 2 tahun
4. Belum ada nama bayi 2 bulan dijaga orang

Gua merayu kepada teman2 yg perihatin marilah kita bantu. Siapa lagi nak bantu orang kita selain kita. Tolong bantu hambaMU ini ya Allah…murahkan rezeki kepada mereka yang membantu”

KISAH SEDIH INI DITUKAR MENJADI ISU KEPADA NETIZEN

Kisah mereka menjadi viral dalam beberapa jam sahaja selepas saudara zack meletak di facebook beliau. Didalam salah satu komen terdapat 1 komen yang dikongsi berulang kali berkenaan keluarga ini menyorok sesuatu dari orang lain terutamanya Jabatan Kebajikan atau Pusat Zakat.

KRONOLOGI KELUARGA INI DICERITAKAN OLEH SAUDARA SYED AZLAN

“Petang semalam kecoh lagi pasal satu keluarga dipercayai tidur dalam kereta. Keluarga yang sama dijumpai di restoran sambal hijau, Petronas Sungai Pencala.dan terkini di R&R Sungai Buloh.

Seperti biasa dalam ruangan komen Tuan punya posting, Institusi Islam iaitu Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat – JKMHQ teruk dikecam.

Biiar saya jelaskan kronologi kes keluarga ini.

**********

5 Februari 2018

Sahabat saya memaklumkan tentang satu keluarga dipercayai tidur dalam kereta di Petronas Sungai Pencala dan tiada tempat tinggal. Atas kapasiti AJK dalam Pertubuhan Shah Alam Komuniti (SAKOM) – NGO Berdaftar saya rasa terpanggil untuk membantu.

Kami hubungi pihak JKM dan juga Lembaga Zakat Selangor. Sebelum itu kami telah pun membeli makanan kerana menurut anaknya mereka belum makan. Kami menunggu ketibaaan pegawai JKM.

Sebelum ketibaan pegawai tersebut, saya bertanyakan beberapa soalan. Berikut adalah cerita mereka.

**********

Lelaki ini tidak mempunyai kad pengenalan. Hanya memegang dokumen Surat sumpah lewat daftar kelahiran. Bapanya berasal dari Indonesia dan telah pun mempunyai kad pengenalan Malaysia. Namun kelahiran lelaki ini tidak didaftarkan.

Wanita ini pula adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai kad pengenalan Malaysia. Mengikut katanya bercerai kerana penderaan oleh suami terdahulu. Kes mereka pernah dilaporkan di JKM dan bantuan diberi oleh JKM setiap bulan selama ini. Difahamkan, wanita ini tidak pernah menerima duit tersebut kerana kad bank dipegang oleh bekas suami.

Mereka dihalau dari rumah sewa di Bukit Ber untung kerana gagal menjelaskan sewa rumah. Difahamkan mereka tidak pernah memohon bantuan zakat kerana lelaki tersebut tidak mempunyai kad pengenalan.

Ini kisah yang saya dengar dari mulut mereka sendiri.

**********

Pihak JKM tiba di Petronas Sungai Pencala dan melakukan siasatan. JKM mengesahkan yang nama wanita tersebut ada dalam senarai penerima bantuan. Setelah dimaklumkan yang dia tidak pernah dapat wang tersebut, pihak JKM menghubungi Ibu Pejabat dan minta bantuan dihentikan.

Bimbang anak mereka diambil oleh JKM, keluarga ini menelefon adik ipar mereka untuk menumpang rumah. Mereka bersetuju dan pihak JKM bersama keluarga ini telah menunggu ipar mereka di Tol Sungai Buloh.

**********

Selepas selesai perkara ini, saya muat naik satu status di laman sosial. Ada netizen yang mengatakan keluarga ini pernah tidur dan mandi dibelakang restoran Sambal Hijau Sungai Pencala dan pernah isu ini viral dalam beberapa bulan lepas.

*****

Pegawai Zakat Daerah Petaling ada menghubungi saya bertanyakan tentang mereka. Saya maklumkan yang pihak JKM telah menyelesaikan isu ini bila keluarga tersebut bersetuju untuk tinggal bersama ipar mereka. Saya maklumkan jika ada bantuan yang diperlukan saya akan hubungi pegawai zakat itu semula.

Pihak JKM pula sering membuat panggilan ke telefon si lelaki bagi memastikan keluarga ini berada dalam keadaan yang baik.

Terbaru, pihak JKM ada menghubungi lelaki tersebut dan bertanyakan tentang keadaan mereka. Mengikut kata lelaki ini mereka telah pun berpindah ke rumah abang mereka di Klang, Selangor. Pihak JKM telah pun meminta alamat di Klang agar pegawai mereka dapat berjumpa dan memberi bantuan. Malangnya, lelaki ini enggan memberi kerjasama. Mungkin bimbang hak penjagaan anak mereka diambil oleh pihak JKM.

Petang ini pula viral kembali kisah mereka.

Persoalan yang timbul :

1. Mengapa keluarga ini tidak bersiap jujur dengan Pihak JKM ?
2. ‎Jika benar mereka tiada tempat tinggal sudah pasti mereka boleh dibantu.
3. ‎Cerita yang mereka sering sampaikan sering berubah ubah.
4. ‎Mungkinkah jika hidup begini mereka lebih mudah mendapat bantuan kewangan dan simpati dari orang ramai ?

Pihak JKM dan Lembaga Zakat Selangor mahu membantu mereka. Namun, jika begini sikap yang ditunjukkan adalah lebih baik pihak JKM mendapatkan hak penjagaan anak anak ini demi masa depan mereka.

Buat netizen diluar sana yang mengecam JKM dan Lembaga Zakat, anda sedang menyerang sebuah institusi Islam walhal anda tidak pernah tahu kisah sebenar.

Sekiranya anda terjumpa mana mana keluarga yang berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kehidupan bawa mereka ke pusat zakat berhampiran atau berjumpa dengan mana mana amil yang dilantik dalam kariah tersebut.

Mereka akan berusaha untuk membantu.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini akan dapat meleraikan apa yang terjadi.

Wallahualam.”

Kredit: Said Azlan

Komen komen netizen mengecam keluarga ini.

Terdapat beberapa komen di dalam status facebook Zack mempertikaikan keluarga ini seumpama mereka ini menipu. Salah 1 komen adalah jika tiada duit beli susu kenapa beli rokok? Kalau dah tau susah kenapa tidur hotel? dan macam macam lagi. Ini jawapan untuk soalan soalan yang dilemparkan.

UPDATE TERKINI

PUSAT ZAKAT DAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT telah pun mengambil peranan dan keluarga ini juga sedang menunggu kunci untuk duduk di salah sebuah rumah PPR yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

VIDEO TERBARU DARI ZACK BERKENAAN KELUARGA INI

Akhir kata dari kami, tahniah untuk saudara Zack Rstar dan rakan rakannya dan juga rakyat lain yang prihatin dan yang membantu keluarga ini secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya ini adalah tanggungjawab manusia untuk membantu orang dalam kesusahan.

Sebelum buat apa apa pertuduhan sila selidik betul betul. Keluarga ini memang susah dan kami tekankan bukan mereka yang mencari tetapi mereka dijumpai dan munkin ini adalah perancangan dari Allah SWT. Semoga kita semua dilindungi dan moga dipermudahkan untuk keluarga ini.

Kongsikan kisah ini untuk dijadikan ikhtibar. – GedebakViral 

Add Comment