(VIDEO) RITUAL ‘PUJA LAUT’ DI PALU TETAP DITERUSKAN BIARPUN DIBANTAH AGAMAWAN

Tular di media sosial beberapa hari lalu apabila ritual pemujaan yang berlaku di Palu mendapat perhatian netizen. Walaupun dikritik para agamawan, ritual tersebut masih diteruskan bagi tujuan memuja ‘penjaga laut’ dengan amalan membunuh haiwan dengan kejam.

Upacara ini dijalankan semasa Festival Palu Nomini berlangsung sejak 3 tahun lalu. Ritual diketuai oleh dukun yang melakukan jampi bersama acara tarian daripada penari wanita yang berusia 50 tahun ke atas.

Kambing dan ayam digunakan sebagai penarik utama ritual ini. Tujuannya untuk mengambil darahnya yang kemudian akan dioles ditubuh mereka yang sakit. Pelepasan beberapa hidangan akan dilakukan selepas itu ke sungai sekaligus memandikan orang yang sakit. Proses ini mempunyai makna dimana jika dimandikan di sungai, maka penyakit akan hilang mengikut aliran sungai kemuara samudera luas dan tidak akan kembali lagi.

Selain itu, ritual ini adalah sebagai simbolik untuk menyembuhkan penyakit yang ada dibumi serta memberi kedamaian dan kesejahteraan seluruh umat manusia.

“Dalam hidangan itu terdapat pinang, gambir, tembakau, syiling, kuih tradisional dan beberapa yang lain. Semua itu akan diharung ke laut. Dahulu nenek moyang kami kalau ada pesta keraian, pasti semua hidangan ini disediakan,” kata salah seorang penduduk.

Walaupun begitu, seorang ustaz di Palu menganggap upacara ini sama sekali menyalahi adat dan bercanggah dengan hukum Islam.

“Mereka masih berdegil meneruskan upacara kejam ini. Ratusan bangkai ayam ditemui sepanjang pantai Talise dari Jambatan Jambatan Ponulele atau Jambatan Kuning sehingga ke Masjid Arkam Bab Al Rahman.”

“Bangkai ayam yang mati dibunuh dan mempunyai warna bulu yang sama membuktikan amalan syirik itu masih diteruskan walaupun selepas gempa bumi dan tsunami melanda.”

Menurutnya, ketika upacara yang sama dilakukan pada tahun 2016 dan 2017, Palu didatangi dengan hujan lebat dan angin kencang. Selain itu, pengunjung dihanyutkan ombak serta memusnahkan tapak khemah.

Sumber: CNN Indonesia

video Tragedi Gempa Bumi Dan Tsunami Di Palu…Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani:

Add Comment