ALIFF SYUKRI TUDUH PU AMIN MENCARI PUBLISTI SEBAB TIADA JOB DAN AKHIRNYA INI RESPOND BALAS PU AMIN KEPADA DATO ALIFF YANG PASTI BUAT ALIFF SYUKRI INSAF

PU Amin tiada job dan sengaja menyerang Aliff Syukri sebab mahu populariti? Isu ini menjadi hangat hari ini apabila selebriti dan jutawan muda Dato Aliff Syukri menyelar Pencetus Ummah Amin kerana selalu menkritik beliau terutama untuk lagu Bobo Di Mana. Mari baca apa yang terjadi sebenarnya..

Respond PU Amin Berada Di Bawah Artikel

Bobo Dimana

Bobo di mana, satu lagu yang menjadi tular dalam masa yang singkat. Dikecam teruk oleh netizen kerana dikatakan membuat video klip yang agak tidak sesuai untuk yang beragama islam. Lagu ini turut menampilkan 2 selebriti kontroversi iaitu Sajat dan Lucinta Luna dari Indonesia.

PU AMIN Kerap Menghentam Bobo Dimana

Siapa yang kenal dengan Pencetus Ummah Amin ( PU AMIN ) mesti anda tahu bahawa dia sememangnya tidak menyokong apa apa yang menentang ajaran islam dan baru baru ini beliau menentang hebat lagu Aliff Syukri, Bobo Di Mana. Ini kata kata beliau dalam Instagram Rasmi.

Hari itu lepas baca yang dia terkesan dengan dakwah PU Azman yang DM dia untuk menegur dia , saya kira dia tak teruskan untuk keluarkan music video bobo dimana ni . Rupanya masih teruskan dan promote orang untuk tengok..

Berapa ramai pendakwah kita , masa berbincang dengan beberapa orang Mufti pun semua agak kesal dengan video ini . Dia minta dinasihat secara lembut , maka ramai pendakwah nasihat secara lembut , bila tak jalan kita tegas sedikit dia kata tak ikut cara Nabi berdakwah..

Apa agak nya cara untuk pastikan kepada pelaku dan pelopor maksiat ini untuk berhenti dari sebar video softporn yang rosak kan anakbangsa kita ? Nasihat lembut , tegas dah buat . Ya kita perlu sabar . Tapi tak kan itu alasan untuk membiarkan hukum hakam dicabar..

Ribut taufan , gempa bumi , kemarau segala macam Tuhan tunjuk masih tak terkesan ke dekat hati untuk berhenti sekejap dari promosi video LG** ini ? Anda yang sokong , yang puji , yang like juga terjerumus sama menyokong kezaliman dan kemaksiatan..

Kita kena cegah sebab apa , esok kalau bala bencana turun dia tak hancur dan ranapkan rumah orang buat maksiat , masjid , sekolah , tahfiz , surau , gereja semua hancur kerana azab . Azab tak pilih pilih . Sorang buat semua kena bantai dengan Tuhan..

Ya Allah apa lagi bencana yang kau akan turunkan setelah kedegilan dan kederhakaan yang kerap kami lakukan..

INI music video Soft Porn dan Video promosi LGB* yang haram ditonton , haram disokong . La Taqrabu ZINA Innahu kana FAHISYAH

Aliff Syukri Mengamuk ..

Kerana tidak tahan asyik dikecam oleh PU Amin, hari ini Dato Aliff Syukri membuka mulut dan mencabar PU Amin dan semua netizen yang selama ini selalu mengkritik beliau dan lagu Bobo Dimana.

Ini Luahan Dato Aliff

yang sibuk kutuk2 tu jgn lupa tgk lagi bobo versi dakwah pu azman …yg bobo versi haram ni smapai 8 juta orang tgk yg versi dakwah kenapa x ramai tengok….naikkan lagu tu support lagu dakwah….yg haram pandai pula korang komen…kenapa x up video bobo versi dakwah kat ig korang…..lepas sy cabar diri saya buat lagu masyid.. kalau lagu nasyid view x sampai 8 juta korang siap yee…..pandai sangat kan nak kutuk2…….

Ya saya pendosa,haram dilaknat Allah…tapi apa kata kita sama2 share isu kemungkaran lain banyak lagi di malaysia ni kes buang anak merata,rasuah,maksiat,ustaz rogol pelajar tahfiz,atuk rogol cucu…kenapa x ada sesiapa nak up citer tu…kee sbb mereka x glamer? Ingat ya x tgk nasyid saya smaa mcm view bobo siap korang…jgn pandai taip je tapi x sama2 buat…

Video Penuh

Respond Win PU Amin kepada Dato Aliff Syukri

“Kenyataan balas saya pada kekanda Yang Berbahagia Dato @aliffsyukriterlajaklaris . Moga Allah merahmati nya .” – PU Amin

By: KL VIRAL

Add Comment