(Video)“Demi sesuap nasi..” Nampak Kaki Terjuntai, Rupa-Rupanya Rider Gendοng Anak Demi Cari Rezeki

(Video)“Demi sesuap nasi..” Nampak Kaki Terjuntai, Rupa-Rupanya Rider Gendοng Anak Demi Cari Rezeki

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kisah rider Grab menggendong anak dalam cuaca pa’nas tu’lar setelah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @abamskhai.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Menurut Khairul Fazki, 42, dia yang sedang dalam perjalanan ternampak seorang penunggang motosikal menggendong anaknya yang baru berusia setahun keluar untuk mencari rezeki.

Prihatin dengan nasib rider tersebut, dia menghampiri lelaki tersebut sebelum bertanyakan keadaan yang dialaminya kerana terpak’sa membawa anak kecil dalam keadaan cuaca yang pa’nas terik.

“Masa tu saya naik motor. Daripada jauh nampak dia dan ada kaki kecil yang terjuntai. Jadi saya potong motor dia untuk lihat lebih dekat.

“Saya dapati penunggang itu adalah seorang lelaki, sebelah tangan pegang handle motor, sebelah tangan lagi menutup kepala seorang bayi daripada terkena pa’nas mentari.

“Waktu tu dalam pukul 1.30 tengah hari. Saya panggil ketepi untuk temuramah sekejap. Jadi saya pun turut buat video, saya kongsi ke TikTok untuk tunjuk kehebatan seorang bapa.

“Saya cuma nak sampaikan mesej bahawa tak semua orang boleh buat macam dia. Saya kongsikan video itu sebagai motivasi,” katanya.

Dalam pada itu, rider tersebut memaklumkan dia mempunyai tiga orang cahaya mata dan menetap di Jinjang, Kuala Lumpur.

Selain itu juga, sudah sebulan dia bekerja sebagai rider dengan membawa anak kecil selepas isterinya mula bekerja.

“Wife keluar pukul sembilan, lepas tu saya start kerja. Kadang – kadang sampai petang, kalau tak hujan lambat sikit la,” jelas rider tersebut yang bernama Amirul.

Video:

@abamskhai

Jom doakan Amirul dapat memikul tanggung jawab dengan penuh dedikasi

♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

Tambahnya lagi, anaknya akan diberi nasi ketika bekerja dan hanya meminum susu apabila pulang ke rumah.

“Kalau kat rumah je minum susu. Wife baru kerja. Kalau tak, dia tak kerja. Dekat sebulan (bawa bayi kerja). Anak ada tiga orang, seorang mak jaga, yang satu lagi sekolah,” tambahnya.

Pada akhir pertemuan mereka, Khairul ada mengajak Amirul untuk menyertai pasukannya dengan membaiki mesin basuh dan peti ais.

Mengikut perbincangan awal, Amirul bakal menyertai kumpulan mereka pada bulan Julai nanti dan akan belajar ilmu berkaitan baik pulih perkakasan elektrik.

Video:

@abamskhai

Orang lain sanggup berusaha.kenapa tidak kita.kenapa kita taknak berusaha lebih sedikit?henyak lah sampai lunyai.

♬ Pusara Di Lebuhraya – Ekamatra

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut berse’dih dengan nasib Amirul dan ada yang ingin menghulurkan bantuan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://beritaawani.com/

Add Comment