Kisah Pahlawan Mat Kilau, Disangka Meningg4l Dunia Dan Telah Dikebµmikan, Ternyata Hanya Batang Pisang Dalam Kubµr

Kisah Pahlawan Mat Kilau, Disangka Meningg4l Dunia Dan Telah Dikebµmikan, Ternyata Hanya Batang Pisang Dalam Kubµr

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Ketua Pendɛrhaka”, itu gelaran diberikan kerajaan British yang memerintah negara ketika zaman penjajahan terhadap pahlawan Melayu, Mat Kilau kerana perjµangan menentang penjajah.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Gelaran serta penyebaran dakyah itu secara berleluasa menyebabkan Mat Kilau sering dilabel pendɛrhaka oleh segelintir masyarakat, malah hingga kini, jasanya menɛntang penjajah terbiar begitu sahaja tanpa dihargai.

Seorang cicit Mat Kilau, Datuk Zulkarmi Abu Bakar, berkata sebagai waris kepada pahlawan yang tersohor kerana sifat kepemimpinannya, keadaan itu sudah tentu menggµris hati mereka.

“Saya masih ingat ada orang memberitahu saya sendiri bahawa moyang kami (Mat Kilau) adalah pendɛrhaka hanya kerana menɛntang penjajahan kerajaan British ketika hayatnya. Siapa yang tidak sɛdih bila mendengarnya.

“Kalau boleh, kita hendak ubah stigma ini. Waris menerusi Persatuan Waris Mat Kilau berusaha untuk memberikan penerangan kepada masyarakat bahawa Mat Kilau bukannya penderhaka seperti didakwa British tetapi sebenarnya pejµang kemerdekaan negara.

“Kita hargai pelbagai usaha dibuat kerajaan, termasuk membina Galeri Mat Kilau di Pulau Tawar. Ia membolehkan orang ramai mendapat maklumat mengenai ketokohan dan pengorb4nan Mat Kilau membebaskan negara daripada cɛngkaman pɛnjajah,” katanya.

Zulkarmi juga berkongsi kisah ketika proses menentukan identiti seorang lelaki, yang mendakwa dirinya sebagai Mat Kilau. Tidak banyak yang dapat diingat Zulkarmi mengenai lelaki itu. Tambah pula, ketika itu beliau baru berusia tujuh tahun.

Yang beliau ingat, lelaki yang tiba-tiba muncul di Masjid Kampung Pulau Tawar, Jerantut selepas solat Jumaat itu sudah dimamah usia.

Begitu juga arw4h bapanya, yang tidak pernah mengenali Mat Kilau sebelum ini. Justeru, tiada sebarang cerita yang dikongsikan dengannya mengenai moyangnya itu.

Zulkarmi hanya ingat beliau sering dibawa ke rumah lelaki itu di Kampung Batu 5, Jalan Gambang-Kuantan selepas kemunculannya.

“Saya ingat juga sias4tan dilakukan memang rapi dan mengambil masa yang lama. Lelaki itu juga dibawa bertemu dengan orang lama di Pulau Tawar kerana ramai sangat hendak jumpa, hingga dia nak makan pun dah tak boleh.

“Bila dibawa berjumpa rakan lama beliau di sebuah dewan, mereka mengesahkan lelaki itu adalah Mat Kilau, moyang saya,” katanya sambil menambah tidak berkesempatan mengenali Mat Kilau selepas pengesahan identiti dibuat oleh pihak berkaitan.

Mat Kilau muncul semula di Masjid Kampung Pulau Tawar pada 26 Disember 1969. Beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau menyebabkan ramai rakyat terkejµt berikutan selama ini keluarga serta orang ramai mengenalinya sebagai Mohammad Ibrahim atau Mat Siam.

Pada 8 Januari 1970, Jawatankuasa Menyiasat Kemunculan Mat Kilau ditubuhkan dan selepas penyi4satan dibuat, Menteri Besar Pahang pada waktu itu, Tan Sri Yahya Mohd Seth mengesahkan lelaki berkenaan adalah Mat Kilau.

Mat Kilau meningg4l dunia pada 16 Ogos 1970, iaitu 10 hari selepas disahkan identitinya dan diiktiraf sebagai pejµang negara. Jɛnazahnya dikebµmikan bersebelahan kubµr ibunya di Tanah Perkubµran Kedong, Pulau Tawar.

Ketika hayatnya, Mat Kilau yang dilahirkan pada tahun 1847 berjµang bersama Datuk Bahaman dan Tok Janggut, melakukan pemberont4kan ke atas British, yang bukan sahaja angkµh, malah mengamalkan dasar kutipan cukai yang menind4s penduduk.

Kegagahan Mat Kilau terbukti menerusi siri ser4ngan hɛndap ke atas kubu British di Raub, Lipis dan Tembeling, yang menyebabkannya dibµru hingga ke sempadan Kelantan, Terengganu dan Thailand.

Mat Kilau akhirnya dit4ngkap oleh Siam dan British pada tahun 1895. Beliau disangka sudah meningg4l dunia dan dikebµmikan di Kampung Dalam Umau, Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan, tetapi pemeriksaan pada kµbur berkenaan mendapati ‘jɛnazah’ itu hanyalah ‘sekujur’ batang pisang.

INFO RINGKAS MAT KILAU.

– Nama Mat Kilau diberikan kerana ibunya, Teh Mahda Tok Kaut bermimpi melihat langit berkilau-kilau ketika mengandµngkannya.

– Semasa kanak-kanak Mat Kilau dihantar mendalami ajaran Islam dengan seorang alim dikenali sebagai Imam Daud dan Haji Botak sehingga beliau pandai mengaji, marhaban dan Dikir Pahang.

– Mat Kilau adalah pemimpin disegani dan mempunyai pemikiran matang yang terbukti menerusi pengiktirafan Residen British di Pahang, Hugh Clifford, yang menemuinya sendiri di Pulau Tawar untuk berunding.

– Mat Kilau juga seorang yang tɛgas dan disayangi pengikutnya, antaranya Awang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (Khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.

– Galeri Mat Kilau dibina di Pulau Tawar bagi memperingati dan mengenang jasa pahlawan Melayu itu. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk dan ia dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

– Antara keunikan dapat dilihat pengunjung di galeri berkenaan adalah dua pucuk telegram dihantar kerajaan British mengenai ser4ngan Mat Kilau dan pengikutnya di Kuala Lipis.

– Turut disediakan sebuah bilik khas yang membolehkan orang ramai melihat sendiri dokumentari mengenai ketokohan Mat Kilau.

LATAR BELAKANG MAT KILAU.

Mat Kilau bin Imam Rasu (1865-67 – 16 Ogos 1970) sebelum menukar namanya kepada Mohamed bin Ibrahim dengan nama gelaran Mat Siam merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjµang menɛntang penjajah British di Pahang.

Ibu beliau ialah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam kira-kira tahun 1865–1867 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

KEHIDUPAN PERIBADI MAT KILAU

Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada kira-kira tahun 1865 atau 1866 di Kampong Pulau Tawar, namun kelahirannya sering dianggap jatµh pada tahun 1847. Kelahirannya jatµh ketika zaman pemerintahan Raja Bendahara Pahang ketika itu iaitu Tun Ahmad.

Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali dengan nama Tok Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok Kaut Burau. Mat Kilau mahir mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai “Dikir Pahang”. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berl4ga buah kɛras.

Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong. Imam Daud ialah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar silat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti kɛris dan p4rang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini dapat menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Sumber Dan Rujukan

Add Comment