Cara Membuat Jeruk Mangga Rangup Dan Sedap.

Tambah Aiskrim Soda, Rahsia Buat Jeruk Mangga Yang Rangup Krup Krap

Bagi peminat asam, bukan setakat tengok membayangkan saja jeruk mangga asam boi dah boleh buat telan air liur.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Jika di rumah ada tanam pokok mangga dan berbuah lebat ini mungkin boleh jadi idea untuk hidangan. Selain itu boleh juga buat bisnes dan sekarang jualan jeruk mangga asam boi memang laris!

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Tapi syaratnya jeruk mangga asam boi ini kenalah sedap dan ranggup. Macam mana nak hasilkan jeruk mangga asam boi yang ranggupnya krup krap? Boleh cuba perkongsian resipi Sham Sabri ini.

Cara buat jeruk mangga asam boi krup krap. Ada tak hantu atau peminat jeruk mangga asam boi macam sis? Sis nk share resepi.. Sukatan ikut sesedap rasa uolls ya.

Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga
  • 5 – 6 biji cili api ( boleh dikurang/ ditambah)
  • 3 – 4 sudu makan gula pasir
  • 5 biji asam boi
  • 1/4 cawan ais krim soda ( nak letak lebih pun boleh)

Penyediaan

  1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
  2. Masukkan ke dalam balang lalu campurkan semua bahan-bahan lain – gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.
  3. Simpan dalam peti ais semalaman sebelum makan. Hasilnya jeruk mangga yang ranggup gitu. Selamat mencuba.

Sumber: Sham Sabri via vanillakismis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *