Selain Masakan Kari Jeruk Serta Sambal Buah Bambangan Ini Mampu M3musnahkan Sel K3nser P4yudara

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Selain Masakan Kari Jeruk Serta Sambal Buah Bambangan Ini Mampu M3musnahkan Sel K3nser P4yudara

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Seorang saintis Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dekat sini, berjaya menemui ekstrak daripada sejenis mangga liar dikenali buah bambangan yang mampu membu nuh sel kanser payudara.

Hasil kajian Prof Madya Dr Mohd Fadzelly Abu Bakar juga mendapati:

hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara mampu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam apabila ekstrak biji bambangan didedahkan kepada sel berkenaan, manakala kesan tindak balasnya boleh bermula dalam tempoh 48 jam.

Lebih membanggakan apabila kajian oleh Ketua Jabatan Teknologi dan Warisan, Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan UTHM itu sudah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa tersohor berpangkalan di United Kingdom (UK), Food and Chemical Toxicology (FCT).

FCT memuatkan hasil kajian baharu berimpak tinggi dalam bidang makanan, perubatan dan kimia dari pakar seluruh dunia. Bambangan atau nama saintifiknya ‘mangifera pajang’ adalah dalam keluarga mangga, berasal dari Kepulauan Borneo dan tumbuh liar di hutan.

Buah bambangan yang mampu membu noh sel k4nser p4yudara terdapat hanya di Sabah dan Sarawak

Ketua Jabatan Teknologi dan Warisan Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan UTHM, Prof Madya Dr Mohd Fadzelly Abu Bakar menunjukkan proses untuk mendapatkan ekstrak buah bambangan yang mampu membu noh sel k4nser payud4ra.

Musim buah berkenaan adalah pada September atau Oktober dan ia selalunya digunakan oleh masyarakat Sabah dalam masakan kari, jeruk serta sambal. Ketika ditemui BH, Dr Mohd Fadzelly berkata, kajiannya bermula 2005 lagi ketika beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selepas tertarik dengan buah bambangan yang banyak di Sabah serta Kepulauan Borneo.

“Apabila mengikuti pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) di University of Nottingham, UK bermula 2006. Saya membawa ekstrak bambangan dari Malaysia untuk projek tiga tahun. Hasilnya amat menakjubkan apabila ekstrak dari biji buah itu mampu m3musnahkan sel k4nser payud4ra”.

“Apabila sel kanser dibiakkan dan ekstrak biji bambangan diletakkan padanya, seawal tempoh 48 jam didapati sel kanser payudara dapat dibunuh. “Lebih menarik, dalam jam ke-72, didapati hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara m@ti,” katanya.

Info: Buah bambangan

Pokok tinggi, buah gugur sendiri apabila matang
Kulit coklat, isi kuning terang
Rasa masam manis, punya serat banyak, kasar
Isinya tinggi Vitamin C, beta karoten, anti oksida
Fakta nombor

0.5 hingga 1kg berat sebiji buah bambangan.
RM93,200 geran disalurkan KPT untuk kajian lanjut

Sumber:Berita harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *