Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Foto sekadar hiasan. Melalui perkongsian di IIUMC, suami berkongsi saat saat akhir bersama isterinya yang menghidap knser payudara.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Luahan memilukan dari si suami pasti meruntun jiwa para pembaca. Ikuti perkongsian nya dibawah.
Rambut mula gugur
“Abang.. Rambut saya dah mula gugur.. Tak lama lagi botak la kepala saya.. ”
Sugul sekali bunyinya. Ya. Itulah yang diperkatakan oleh isteriku. Sudah hampir seminggu diulang ayat yang sama. Aku hanya mampu senyum dalam duka.
“Alah, awak tu memang cantik sangat dah. Ade rambut ke takde rambut ke memang dah cantik. Tak payah risaulah..” kataku..
Kisah bermula tahun lepas. Selepas 2 tahun isteriku selamat melahirkan puteri kami. Dia mengadu dadanya sakit. Buah dadanya berdenyut denyut. Aku tersentak bila dia mengadu macam tu. Terus aku bawa isteriku ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Dan apa yang kami takut kan menjadi kenyataan.
Dia disahkan mengidap barah payudara. Allahu. Tahap 3. Subhanallah. Esak tangis isteriku makin menjadi jadi. Puteri kami masih kecil. Apakah dugaanmu pada kami ya Allah. Aku cuma mampu mengetap bibir sambil menahan airmata kala mendengar berita itu.
Maka bermulalah perjalanan hidup kami yang baru. Berulang alik ke hospital untuk sesi rawatan. Hari demi hari tubuh isteriku yang comel itu mula mengecut. Pipi tembamnya yang selalu kucubit kian hilang. Tangannya yang dahulu kuat bekerja menguruskan rumah tangga kami makin lemah. Tetapi dia tetap ceria. Kuatnya kamu wahai isteri.
Kala menahan sakit knser dan seksanya rawatan kau masih mampu mengagah puteri kita. Masih mampu melempar senyuman manismu padaku dan keluarga. Masih mampu bergurau senda dengan rakan rakan yang datang melawatmu. Sungguh aku kagum denganmu wahai isteri.
3 bulan berhempas pulas dengan rawatan kim0terapi dan radioterapi yang menyeksakan itu, doktor sarankan agar dia dibedah untuk membuang tum0r yang sudah mti itu. Tapi tak semudah itu. Katanya isteriku bakal hilang sebelah kewanitaannya. Sekali lagi airmataku gugur. Ya. Dia setuju. Asalkan dia sihat katanya.
8 jam dia dibedah. Hampir 2 bulan diambil untuk sembuh. Akhirnya isteriku mampu tersenyum kembali. Alhamdulillah. Aku panjatkan setinggi tinggi kesayaukuran padamu Ya Allah. Tapi kegembiraan kami tak lama. Beberapa bulan selepas itu knser itu kembali. Dan kali ini ia lebih ganas. Tapi dia tetap tersenyum.
“Alaaa.. Kena kim0 lagi ke. Botak la kepala saya macam ni.. Dah rupa t0yol nanti. Saya dahla pendek..”
Nyawamu lebih penting sayang. Persetankan rambutmu. Aku cuma mahu kau bersamaku sampai bila bila. Sesi rawatan bermula kembali. Dan kali ini lebih agresif kerana knser sudah mula merebak.
Tiada apa yang mampu aku lakukan selain menangis dan berdoa. Sesi demi sesi. Seksaan demi seksaan yang kau tanggung wahai isteri. Tetapi bibirmu tak lekang dengan senyuman. Senyuman yang menyembunyikan kesakitan yang teramat yang kau sedang tanggung.
Tanggal 8 Ogos.
Kau terbaring layu di atas katil hospital. Tubuhmu kering kontang diratah sel knser yang agresif. Rambutmu gugur habis semuanya. Botak. Licin. Tapi kau masih mampu senyum. Bergurau.
“Hahaha.. Abang ada bini botak. Padan muka..”
Aku cuma mampu tersenyum. Aku paham sayang. Aku paham penderitaanmu. Tidak mengapa. Aku suamimu. Menangislah. Merintihlah. Mengadulah padaku. Aku sedia mendengar. Luluh hatiku melihat kau yang masih cuba menceriakanku tatkala kau menanggung seksa. Kuatnya kamu wahai isteri.
Selepas itu doktor menyarankan agar isteriku ditidurkan. Bagi memberi ruang kepadanya untuk berehat. Maka lenalah kamu wahai isteri di dalam icu. Rehatlah sayang. Bukalah mata bila kau dah bersedia. Aku di sini sentiasa menanti kau.
Tanggal 23 Ogos 2019.
Isteri yang amat ku sayang. Penyeri hidupku. Kekuatanku. Ibu kepada puteriku. Pergi mengadap Ilahi. Hari jumaat. Penghulu segala hari. Dia pergi dengan senyuman. Tenang sahaja wajahmu wahai isteri. Allahu. Hidupku kosong.
Bagaimana aku nak menempuh hidup ini tanpa kau disisi sayang. Tapi aku redha. Pergilah. Tenanglah kau disana. Redhaku sebagai suami sentiasa bersamamu wahai isteri. Janganlah kau toleh kebelakang lagi. Aku bangga aku penah mempunyai isteri seperti kau sayang. Aku bangga mengatakan..“Si botak itu isteriku..”
Ampunkan aku. Maafkan aku jika coretan ini mengundang rasa jelik kalian. Aku cuma seorang suami yang merindui isterinya. Al-fatihah untuk isteriku.
Reaksi warganet
Tinjauan di ruangan komen, warganet melahirkan rasa simpati kepada si suami serta turut serta berkongsi kisah kehilangan insan tersayang. Lihat apa kata mereka.
Norazimah Mustapha –Saya ex patient 0steosarc0ma stage 4. Diagn0se pada tahun 2002. Selama jalani treatment, ada satu kisah yang akan saya ingat sampai bila2.
Perwatakan macam aruwah ni lah. Ceria je dia bergelak tawa, bergurau senda dengan suami. Walaupun macam2 dugaan rumahtangga dia masa tu. Aruwah kerje gomen. Tapi suami kje biasa2 je.
Dan perkahwinan mereka tak direstui keluarga si isteri. Doktor suggest untuk potong kaki masa tu untuk elakkan knser dari merebak. Tapi ahli keluarga perempuan tak nak izinkn. Tak nak anak dia cacat kudung takde kaki. Lepas aruwah meninggal, barulah keluarga aruwah dapat terima si suami…
Hamiate Abd Hamid –Pada 01.oct.2019, 12.01am. Kakak kesayangan kami juga dijemput Ilahi. Virus jahat cnser payudara terus menerus menyerang.
Alfahitah untuk kakakku sayang. Semoga kau tenang di sana.
Shaza Baha –Semoga aruwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
Sama kisahnya macam aruwah adik saya. Dia penghidap knser melan0ma. Detected masa pregnant. Selepas melahirkan, knser tu makin agresif dan dia pegi mengadap ilahi beberapa hari sebelum abis pantang.
Now anaknya dah setahun lebih. Moga confessor juga kuat dan tabah macam adik ipar saya.
Hamdan Whilea –Tak rasa jelik tuan. Confession tuan ini amat2 berguna bagi orang2 yang merasa masalah mereka lah paling berat dalam dunia sedangkan ada orang menghadapi ujian lagi hebat.
Confession macam ni mengajar kite lebih bersyukur dengan apa yang kite hadapi skrg. Semoga tuan sekeluarga sentiasa tabah dan dikurniakan kekuatan.
Nor Fauziah –Saya faham perasaan sangat tu. Kita kena tabah.. Hanya masa dapat mengubat jiwa. Walaupun orang tak nampak kita menangis, dalam hati merintih yang amat siapa yang tahu.
Semoga Allah berikan ganjaran syurga pada pasangan2 kita yang telah pergi dan Allah beri kita kekuatan dan memudahkan segala urusan kita semua untuk terus membesarkan dan mendidik anak2.. Amin. Aruwah suami pun knser.. Tapi tahu2 dah stage 4. Tak lama tu terus pergi.
Puan Zuera –Sedihnya. Semoga roh aruwah isteri encik ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.
Suami redha dan ampunkan dosa isteri, itu yang semua isteri harapkan selepas kemtian. Semoga kalian bertemu di syrga… Insayaaallah.
Sumber : Suami si botak (Bukan nama sebenar) via iiumc
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Buat suami dan anak, semoga bertabah dan dipermudahkan segala urusan.