Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Orang kata, bukan senang nak berhenti mero kok. Apatah lagi kalau ro kok tu dah memang ‘sebati’ dalam diri. Bayangkan seseorang nak buang tabiat yang mereka dah biasa buat sejak berpuluh tahun, tentu susah kan?
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Tapi dengan usaha dan azam yang kuat, tak ada apa yang mustahil. Begitulah yang dilakukan oleh Mohd Firdaus yang mula ‘membebaskan’ diri daripada ro kok setelah 20 tahun menjadi pero kok tegar.
Mula mero kok sejak usia muda iaitu 15 tahun, kini beliau genap setahun berhenti mero kok. Nampaknya keputusan yang dibuat menampakkan pelbagai perubahan positif bukan terhadap dirinya saja, bahkan juga keluarganya.
Mari ikuti perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini. Semoga memberi inspirasi kepada lebih ramai pero kok di luar sana!
MULA MERO KOK SEJAK UMUR 15 TAHUN SAMPAILAH 35 TAHUN
8 Sep 2017 – 28 Sep 2018
Alhamdulillah genap setahun dah stop smoking dgn izinNYA. Bersyukur sangat kerana menjadi insan terpilih mendapat hidayah dan diberikan kekuatan.
Saya bkas pero kok tegar yang dah mero kok selama 20 tahun, iaitu sejak usia 15 tahun sehinggalah 35 tahun. Saya bkas perokok tegar Dun hill Red, Win ston Red & Marl boro menthol.
LEPAS SETAHUN BERHENTI, INI YANG SAYA DAPAT
Setahun dah saya berhenti merokok apa yang saya dapat setahun ini?
Kesihatan Bertambah Baik
Saya dah tak batuk sehingga sesak nafas lagi. Saya dah tak demam ton sil lagi dan dah tak perlu buat ope ra tion ton sil seperti yang disarankan dulu. Saya rasa kehidupan seharian semakin sihat dan lapang dada bila bernafas.
Kehidupan Lebih Positif
Saya rasa semakin dekat dengan Maha Pencipta kerana rasa senang untuk beramal ibadah.
Saya rasa doa senang diterima dan apa yang dihajati senang termakbul.
Saya rasa lapang fikiran tanpa fikirkan nak merokok lepas makan atau nak kena mencari tempat nak merokok bila di shopping complex atau bila drive jalan jauh nak kena berhenti untuk merokok. Secara tak langsung dapat luangkan lebih banyak masa untuk famili.
Kewangan Lebih Terancang
Sehingga hari ini kos perjimatan tak beli rokok yang saya untung :
– Sehari untung Rm17
– Sebulan untung Rm510
– Setahun untung Rm6,120
First time saya dapat bawa 1 famili travel overseas dan selalu dapat pergi bercuti dengan famili.
First time dapat merasa tidur hotel bilik berharga 1 malam Rm1000++ di Lexis Hibiscus PD.
First time rasa nak beli apa-apa pun tak kisah dan tak berkira sangat sebab fikir dulu beli rokok lagi rugi banyak.
KENA KENTALKAN DIRI, TERUTAMANYA 2 MINGGU PERTAMA
Bukan niat share ni untuk bangga diri, tapi sekadar perkongsian untuk memberi semangat pada yang ingin berhenti merokok agar berusahalah untuk berhenti. In Syaa Allah semoga dipermudahkan usaha ke arah kebaikan.
Niat berazam, berusaha dan kentalkan jiwa. 2 minggu je kena kuatkan semangat tu. In Syaa Allah lepas tu akan beransur pulih bebas dari rokok.
Pada yang belum nak berhenti tu fikir-fikirkanlah untuk berhenti merokok. Cuba senaraikan sepuluh kebaikan merokok, memang tak ada satu pun kebaikannya yang boleh disenaraikan.
Good luck pada yang nak berhenti merokok. Kita kena berusaha mencari hidayah Allah. Hidayah itu milik Allah, sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA pasti akan dapat HidayahNYA..
Terima kasih pada yang sudi membaca kisah saya ini.
#Ikhlasdariseorangbkasperokoktegar
Artikel ini dikongsikan oleh Mohd Firdaus menerusi Fcbk. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang tips dan pertanyaan, boleh follow beliau.
Kredit: siraplimau