Dia ajar segalanya. Tapi dia tak ajar saya hidup tanpanya. S3bak luahan hati lelaki ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Awak, Hari ini istimewa buat kita. Hari ini hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-14. Sayangnya awak dah tak ada di sisi untuk saya lafazkan kata cinta saya pada awak.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Awak, Semalaman saya terkenangkan awak. Saya rindu. Tentu awak masih ingat saat kita bertemu hampir 20 tahun dahulu. Kita dah kenal lama, kita dah kawan lama sebelum kita pu tuskan untuk berumahtangga.

Kenangan suka duka dalam perkahwinan saya simpan kemas-kemas dalam kotak ingatan saya. Kasih dan sayang saya pada awak saya simpan di dalam tempat yang paling dalam di lubuk hati saya.

Sesungguhnya pemergian awak membawa bersama lebih dari separuh diri saya. Awak bukan sekadar sebahagian dari saya malah lebih dari itu. Saya seperti lum puh kehila ngan anggota.

Awak, Baby Khaleed dah tumbuh giginya. Ada 4 semuanya. Comel dan rajin menggigit. Khaleel pula sudah fasih bercakap dan jelas sebutannya. Manakala yang paling rapat dengan awak si Khaleef dah pandai basuh berak sendiri.

Namun, Khaleef lebih pendiam sekarang, Khaleel pula jadi pemarah dan Khaleed pula tak boleh ditinggalkan. Asyik nak berkepit sahaja. Khaleef paling terkesan kehilangan awak. Dia tidak benarkan sesiapa untuk ke hospital. Katanya kalau ke hospital akan ma ti seperti ibunya.

Semalam dia ada bagitau yang dia rindukan awak. Saya tanya kenapa dia tidak menangis sahaja dan melepas rasa. Katanya “I’m a big boy. I dont cry”. Sesungguhya dia menahan rasa.Tapi usahlah awak risau, saya akan pastikan dia ok. Saya akan pastikan mereka semua membesar menjadi seperti apa yang awak inginkan. Saya ingat semua perancangan awak untuk anak-anak. InshaAllah saya akan tunaikan.

Awak, Ramai yang merindui awak. Sanak saudara, kawan-kawan sekerja awak, kawaan-kawan sekolej awak, kawan-kawan sekolah awak dan ramai manusia lain yang menangisi pemergian awak.

Tahu tak, ketika awak terlantar di I CU ramainya manusia menziarahi awak. Ada yang datang jauh dari utara dan selatan timur juga barat. Sanggup beratur panjang sampai 45 minit demi untuk melihat dan mendoakan awak. Sampaikan saya sendiri tidak berpeluang utuk lama bersama awak. Betapa kasih dan sayangnya mereka kepada awak. Saya sungguh bahagia melihat yang awak rupanya sangat disayangi semua.

Namun, kasih sayang serta kerinduan saya dan anak-anak terhadap awak mengatasi kerinduan selautan manusia lain. Tidak terungkap dengan kata-kata bagi menggambarkan betapa rindunya kami kepada awak. Namun, kami akur akan ketentuannya. Saya tabahkan hati dan kuatkan diri demi anak-anak.

Awak, Saya tidak romantik. Awak pun tahu. Saya jarang menunjuk dan mengungkap cinta. Ada kalanya saya bawa jambangan bunga, ada kalanya saya bawakan bingkisan hadiah dan adakalanya hanya pelu kan dan ciu man bagi menggambar rasa.

Namun mungkin awak sedar yang setiap malam saya bangun untuk menyelimutkan awak. Saya ku cup dahi dan saya ungkapkan kata sayang dan cinta saya pada awak. Hampir setiap malam, hampir setiap malam saya buat begitu. Kini saya hanya dapat selimutkan anak-anak dan ku cup mereka dengan linangan air mata.

Awak, Sebelum awak pergi, awak sering mengadu kepenatan. Hari tu, awak sengaja ambil cuti pada Isnin dan Selasa untuk berehat. Awak pesan pada saya supaya jaga anak-anak sebab awak nak berehat puas-puas. Dan memang pada hari Isnin itulah awak dimasukkan ke hospital dan ditidurkan di I CU. Hari Selasa itulah awak mula pergi untuk berehat panjang.

Hari itulah saya harus menerima kenyataan yang awak akan berehat selamanya. Hari itulah hari yang paling luluh dalam hidup saya. Bila awak pergi, awak bawa bersama sebahagian besar dari diri saya. Saya hilang, tenggelam dalam memori 20 tahun bersama awak.

Awak, Tidak pernah terbayang yang saya sendiri akan memandikan awak buat kali terakhir. Walaupun banyak orang lain saya pernah mandikan sebelum ini tetapi awaklah paling istimewa. Saya uruskan awak sebaik mungkin bersama emak dan makcik. Saya rasa saya sudah tunaikan tanggungjawab terakhir saya sepenuhnya sehinggalah awak disema dikan. Maafkanlah dan halalkanlah segala kekurangan saya selama kita bersama.

Awak, Berehatlah. Usahlah dirisaukan tentang saya dan anak-anak seperti yang awak selalu risaukan. Saya jaga amanah awak. Berehatlah kerana awak sudah terlalu penat. Namun, jangan pernah berhenti untuk mencintai dan merindui saya dan anak-anak. Kerana cinta dan rindu itulah sahaja yang awak tinggalkan buat kami.

Sesungguhnya saya amat mencintai dan merindui awak selamanya.

Happy Anniversary Sayang.

2004-2018

Sumber: Khairul Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *