Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Walaupun peluang untuk menjadi doktor sudah terhidang di depan mata, namun Faiq Syukri Saparudin nekad melupakan impian tersebut demi menjaga bapanya yang menghi dap angin ah mar sejak lima tahun lalu.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Pemuda berusia 28 tahun itu sanggup meng0r bankan enam tahun pengajian dengan memiliki Ijazah Perubatan untuk menjaga bapanya, Saparudin Arifin.
Menurut Faiq, dia tidak sanggup melihat kesusahan ditanggung ibu, Suraya Adam dan adik beradik yang lain sewaktu menyambung pengajian di Royal College of Surgeons di Dublin, Ireland.
Sebaik tamat pengajian pada November 2017, saya menerima tawaran berkhidmat di Hospital Batu Pahat Ogos tahun lalu.
“Namun meminta penangguhan enam bulan kerana mahu menjaga ayah sebelum ditawarkan semula berkhidmat di hospital sama Februari ini.
“Saya akhirnya membuat keputusan tidak berkhidmat sebagai doktor dan ini lah masa saya membalas jasa mereka,” katanya
Anak kedua daripada enam beradik itu berkata, dia bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan moraI daripada keluarga walaupun kadang-kala dipandang sinnis oleh kenalannya.
Tambah Faiq, kerjaya sebagai perunding kewangan kini membolehkan dia mempunyai banyak masa sambil menjaga bapanya yang juga bekas pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Tiada istilah kesal dalam hidup saya kerana keluarga tiada galang gantinya. Pekerjaan boleh dicari asalkan kita rajin berusaha.
“Pada masa akan datang mungkin saya membuka klinik sendiri walaupun tidak dapat menjadi doktor, tapi berharap dapat terus menyumbang kepada masyarakat,” ujarnya.
Sumber : Harian Metro