Terpisah dgn Laut China Selatan. Kahwin PJJ memang suatu yg sangat pahit dit3lan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Perhubu ngan jarak jauh (PJJ) antara suami isteri sememangnya amat mencabar, masakan tidak suami jauh di Borneo, isteri pula di Utara tanah air. Perasaan rindu ditanggung dalam tempoh perhubu ngan jarak jauh, segala rindu itu terlerai apabila berjumpa kembali.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Begitulah yang dialami oleh seorang cikgu Sofuan Saadon yang berkongsi luahan perasaannya menjalani PJJ bersama isteri. Dia mengajar di Sarawak, manakala isterinya pula bekerja di Perak.

Bagi pasangan yang PJJ (Perhubu ngan Jarak Jauh), inilah saat yang paling sukar. Perpi sahan sementara. Demi diri, pasa ngan, keluarga dan kerjaya. Masih jelas dalam ingatan aku ketika pertama kali aku balik ke Sarawak tak lama selepas berkahwin. Isteri yang menghantar aku ke stesen bas sebelum aku ke KLIA2. Aku tahu isteri sedih dan berat nak lepaskan aku tapi kami tiada pilihan. Bini nampak kuat waktu itu. Dia cuba tahan air mata dari jatuh.

“Jangan risau.. Nanti cuti abang balik. Bukan selamanya di sana,” pujuk aku buat pertama kalinya.

Isteri mengangguk perlahan. Aku renung mata isteri dalam-dalam. Sinar mata yang penuh pengharapan.

Isteri berhenti di tepi jalan. Rupa-rupanya selepas hantar aku dan bergerak tinggalkan Terminal Aman Jaya itu, isteri berhenti di tepi jalan dan menangis semahu-mahunya.

Itulah perpisahan sementara kami selepas sah menjadi suami isteri. Isteri tak dapat kawal perasannya. Dia lepaskan segalanya pada ketika itu. Apabila dia kembali tenang, barulah dia teruskan pemanduan ke rumah sewanya. Aku perasan, dari hari ke hari, isteri seakan sudah reda dengan pemergian aku untuk mendidik anak bangsa. Dia nampak akur melepaskan aku pergi. Hampir sebulan aku dengannya dan sama seperti kali pertama dahulu, dia seakan tak mahu lepaskan aku pergi. Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengulang ayat-ayat yang biasa aku katakannya dalam dua tahun ini.

“Abang pergi bukan untuk seronok-seronok. Cari nafkah untuk keluarga kita.. “ “Kita memang jauh, berlainan tanah. Tapi setiap hari kita boleh dengar suara. Sayang tahu abang buat apa..” “Sekarang ni masa cepat. Nanti cuti abang balik lagi..”

Ya Tuhan, tolong jagakan dia untukku.

Pastinya hanya mereka yang menjalani perhubu ngan jarak jauh (PJJ) sahaja yang memahami situasi ini. Sokongan daripada orang sekeliling serta kepercayaan antara satu sama lain itu amat penting kerana PJJ itu amat indah bagi mereka yang menghargainya.

Sumber: Fcbk Sofuan Saadon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *