Isteri sa kit kepala, lost control, tetiba cubit anak depan suami

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Assalamualaikum. Aku silent reader IIUM Confession. Meh aku kenalkan diri dulu, aku Sha berusia lewat 20-an, seorang surirumah dengan 2 toddler dan 1 infant. Suami aku berumur awal 30-an, seorang pekerja office hour 8-5, sabtu ada partime 4 jam.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Aku 24/7 dengan anak-anak, suami aku seorang yang bertolak ansur, ringan tulang dan selalu ada di rumah selain waktu bekerja, dia tak ada kawan lepak. Sebenarnya aku tak tahu yang aku suffer depression sampailah satu hari seorang anak aku tantrum dan aku sa kit kepala yang buat aku loss control, entah macam mana tangan aku cepat cu bit-cu bit dia dan jadi depan suami aku. Dia pegang anak dan suruh aku stay dalam bilik, dan suruh aku keluar bila aku rasa ok.

Lepas peristiwa tu, aku perasan suami aku agak carefull, risau aku loss control masa dia kerja.

Pagi-pagi dia akan settlekan sarapan, uruskan pakaian anak aku yang tadika, ajak aku makan sekali pagi-pagi dan balik kerja dia akan settlekan ketiga-tiga orang anak, dia akan bagi mandi, suap makan dan pujuk anak-anak tidur.

Satu hari anak-anak tidur awal, around 9pm dan suami aku ajak aku berborak. Dia tanya semua ok ke, aku rasa apa-apa yang tak selesa ke dan dia minta aku buat Dep ression Axienty Stress Scales (DASS Test) dan aku pun jawab dengan baca berkali-kali. Bila result dapat, keputusan aku semuanya di Tahap Sederhana. Saat tu baru aku tahu aku tertekan dan waktu tu aku ingat aku menangis sebab pernah baca tekanan boleh sebabkan orang kelor, bonuh anak.

Suami aku seorang yang suka membaca dan ada peluang bila panel hebat-hebat bagi talk di pejabat dia, dia akan minta tips dan pendapat. Aku tak ingat siapa pencaramah tu, dia bagitahu suami akau, hear and hug. Balik kerja suami aku akan pastikan aku bercerita, walaupun topik budoh macam anak tumpahkan air, aku sidai baju tak terbalikkan dulu dan semuanya yang kadang-kadang aku rasa benda kecil. Hari-hari sebelum kerja, suami aku aku hug dan pesan apa-apa call dia, dia akan cepat balik.

Lepas bercerita, suami aku akan hug.

Simple sebenarnya, emotion support yang sangat penting. Hari-hari aku rasa lebih ok dari dulu, kalau anak tantrum waktu suami aku tak ada di rumah aku dah boleh handle. Aku boleh pujuk dia baik-baik dan anak aku semakin ok dari menga mok memberon tak ke cakap apa yang dia nak tanpa menangis. Anak aku umurnya 2 tahun setengah dan lelaki.

Setelah dua bulan aku buat sekali lagi DASS Test dan resultnya depresi aku di tahap rendah. Malam-malam sebelum tidur, aku akan pillow talj dengan suami dan benda remeh ni sangat buat aku rasa dihargai. Sebenarnya DASS Test ni dah bawak ke KK terdekat untuk lanjutan cuma aku tak diberi ubat an tidep resi. Doktor cadangkan suami tolong aku dulu dan aku kena tukar circle, remove to xic peoples di soc med aku.

Aku rasa semakin ok dan aku percaya suami perlu mainkan peranan bila nampak bini dan lain macam sebab suami satu-satunya yang hadap isteri hari-hari. Hear and Hug sangat membantu aku dan aku sarankan kalau apa-apa tolong luahkan, kalau bukan dengan suami boleh luahkan dengan orang yang awak percaya.

Dep resi bukan penya kit tapi mampu membu noh dalam diam.

Semoga ALLAH sentiasa merahmati kita.

– Aku Sha

Sumber: IIUMC

Add Comment