“Tak ada jaminan niaga pasar. Makcik tak restu anak nak kawin org macam hampa ni” S3ntap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Meskipun harta, rupa dan pangkat hanya merupakan satu pinjaman daripada Maha Pencipta, namun itulah antara perkara yang masih dititikberatkan dalam sesuatu perkara.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Diperlekehkan makcik bawang kerana tak belajar tinggi dan kerja pasar malam, ini respon peniaga pasar malam.

Baru-baru ini, seorang peniaga pasar malam telah berkongsikan pengalamannya diperlekehkan oleh seorang wanita berpangkat makcik  kerana tidak mempunyai kelulusan peljaran yang tinggi dan hanya mengharapkan rezeki berniaga untuk menampung kehidupan.

Disapa ketika berniaga

Masa berniaga tadi, saya dikejutkan dengan kenyataan sentap dari sorang makcik

Makcik : Makcik tengok hampa yg dok niaga ni muka2 muda lagi naaa.., macam muka belasan tahun pun ada, awai dua puluhan pun ada…”

Abang : Macam tu la makcik, anak-anak muda nak cari rezeki dengan berniaga…”

Kenapa tak sambung belajar? Berniaga langung takde jaminan…

Makcik: Tapi rugi la, pasai pa hampa tak mau pi sambung belajar? Masuk kolej ka universiti ka, bukan apa pasar malam ni bukan ada jaminan apa-apa pun kat hampa. EPF SOCSO pun tak dak. Pencen lagi la tak dak. Anak makcik tiga orang perempuan, tiga-tiga masuk universiti taw. Lani tiga-tiga kerja kerajaan. Ada la jaminan hidup, lega hati makcik… 

Abang : Alhamdulillah rezeki masing-masing makcik, tapi berniaga pun okay jugak, pun ada jaminan jugak.

Makcik : Jaminan apa nya? Nak beli apa-apa pun susah. Nak buat pinjaman lagi la susah.Nak habaq kat hang anak sulung makcik kerja kerajaan 6 tahun dah. Lani boleh beli kereta dan rumah apartment sebijik kat KL sana. Hang tau je la harga rumah kat sana ratus-ratus ribu. Bukan senang nak dapat beli.

Kalau anak makcik nak kahwin dengan orang macam hampa, makcik tak restu!

Abang : Berniaga ni seronok, duit hari-hari depan mata kami dah cukup buat kami puas. Lagipun, berniaga ni kan sunnah Nabi.

Makcik : Elehhhhh lani cakap pakai mulut boleh la. Kalau anak makcik nak kahwin dengan orang macam hampa, makcik tak restu..

Tersentap sungguh! Ini pesanan abang buat semua orang…

1. Berniaga dan ada pelajaran tu satu bonus, tapi bukan bermaksud boleh perlekehkan orang yang berniaga tanpa pelajaran akedemik. Berniaga juga satu tempoh pembelajaran.

2. Cukup-cukuplah angkat bakul sendiri, jadi muak orang dengar!

3. Orang berniaga ni orang yang mencipta peluang, peluang apa? Peluang ekonomi. Sama-sama boleh berkongsi rezeki dengan orang lain.

4. Kebanyakkan peniaga-peniaga ni sebenarnya jutawan senyap. Kami tak suka nak menunjuk. Biar orang nampak selekeh, janji tak selekeh wang ringgit!

5. EPF SOCCO? Ya penting, tapi bukan lah jadi penanda aras berniaga tu langsung takde jaminan! Alternatif lain kan ada.

6. Tak sangka dalam era tahun 2018 ni pun masih ada orang berpandangan macam ni, berubah lah! 

Perjuangan orang berniaga ni berbeza… mungkin nampak ‘lekeh’ di mata sesetengah orang. Tapi, yang lekeh tak bererti tak berisi di dalam ye. Bila perlu baru tunjuk, kami tak suka menunjuk-nunjuk. 

Sumber : FB Taufiq Tajuddin Via ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *