Nampak geli tapi mujarab. Amal makan ‘bubuk jawa’ 4 ekor sehari. G0ut terus hilang

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Baru-baru ini viral apabila seorang lelaki meminum air bersama serangga yang dikenali sebagai bubuk jawa. Menurut lelaki ini yang dikenali sebagai Tuan Izmin Johanbubuk jawa berupaya untuk menyembuhkan penya kit gout yang dihidapinya setelah sekian lama.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Namun selepas mengamalkan makan bubuk jawa hanya beberapa hari, penya kit goutnya hilang. Beliau mengamalkannya 2 ekor pagi dan 2 ekor petang selama lima hari berturut-turut.

Berikut demonstrasi cara memakan bubuk jawa oleh Tuan Izmin Johan.

Bubuk Jawa – video demonstrasi macam mana cara saya makan bubuk jawa.

Ramai semalam komen dan PM minta saya terangkan dan ajar cara makan bubuk jawa ni. Ada yang minta saya buat demonstrasi.

Sebenarnya macam-macam cara boleh guna untuk makan bubuk jawa ni, boleh sumbat masuk dalam pisang dan telan pisang tu. Boleh masuk dalam roti dan kunyah. Hehehe … saya tidak sanggup kunyahlah . Saya masukkan kedalam secawan air dan kemudian saya minum air dan telan air tu. Tak sempat rasa apa-apa pun.

Kenapa kena makan bubuk bang?

Dulu abang kerap kena serangan gout. Diorang cakap…’once you gout yo will never go out’. Tu diorang lah cakap. Selama bertahun-tahun sa kit tu, hampir setiap hari kena telan allopurinol, bila kena sera ngan telan pula colchi cine dan sebab tak tahan sangat sa kitnya telan lagi aco xia…begitulah berulang2 tidak berkesudahan.

Ikhtiar makan bubuk jawa ni sebab nak rawat penya kit gout tu lah. Alhamdulillah…syukur sangat. Serasi dengan saya dan mujarab. Luasnya ilmu tuhan ni.

Sekarang ni saya dengan makanan laut, daging merah, kacang-kacang, soya tahu tempe, ikan bilis, kami sudah menjalinkan hubu ngan yang baik. Kadang-kadang tu setiap hari berjumpa dan bermesra. Tak ada lah pantang sangat dah sekarang.

Fear factor
Jadi abang makan bubuk ni tak geli ke?
Kalau ditelan terus dengan air minuman tu… tak sempat nak rasa apa pun. Cuma kalau dia berenang ke tepian… sangkut celah gusi atau bawah lidah baru la ada rasa geli tu. Hahaha.. merayap-rayap eeeeeeuuuuwwwwww.

Makan bubuk jawa ni ikhtiar alternatif dan tradisional. Selain gout dikatakan bagus untuk rawat sa kit sendi dan semput juga. Apapun balik lah kepada yang menyembuhkan itu adalah Allah s.w.t. Wallahu ‘alam.

Sumber: Izmin Johan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *