Beza makan gaji dan berniaga

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tadi abam tegur sorang customer…. ” Kak… tambah lagi RM5 dapat lagi satu pinggan anggur ni… satu pinggan RM10… dua pinggan RM15…”

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kakak ” Tak pa la dik… sepinggan ni cukup la… tak dak duit dah… maklum la orang keja office macam akak… hujung bulan sengkek la…”

Abam ” Jangan kata macam tu kak… apa2 kerja pun bagus… rezeki sentiasa tersedia…”

Kakak ” Beza tu dik…. tak sama macam hang … hari2 hari gaji… tak daknya hujung bulan ka… awai bulan ka… hari2 bulan mengambang… ”

Abam ” Amboi kak… dok cakap pasai bulan mengambang pulak dah…. nak tambah ba by lagi ka tuwww..? ”

Kakak ” Hang nak rasa kasut saiz 5 akak ka…? Cukup la 6 orang anak2 kak lani… tutup kilang dah”

Sebenarnya saja abam potong perbualan ni dengan gurauan… mungkin akan timbul sensiviti hal berbandingan rezeki…lebih baik dibalas dengan gelak tawa

Moral of the story :

1. Rezeki utk setiap orang tak sama… ada kaya ada papa kedana… tak semestinya yg kaya tu hidup senang dan tak semestinya yg miskin tu hidup susah…

2. Pekerjaan? setiap orang di atur Allah dengan nilai kebaikan dan manfaat masing2… setiap pekerjaan ada manfaat tersendiri… jangan rasa rendah diri walau apa saja kerja yg kita buat… semuanya ada manfaat tersendiri

3. Sengkek? Biarpun seseorang tu kaya raya dengan wang ringgit…. tapi jika dia lemas di lautan atau tersesat dalam hutan… pasti akan sengkek dgn ilmu renang dan ‘forest survival’…

Kat mana2 pun konsep melengkapi pasti ada… yg kaya bantu yg susah… yg sihat bantu yg sa kit… yg sempurna pacaindera bantu yg kurang upaya… simple ja kan! Buang sifat mendongak ke langit… takot2 nanti tersungkur jatuh tergolek…

Sebarkan kebaikan

Taufiq Tajuddin
Saudagar Buah

Add Comment