Suami Dyus Tidak Memberi Sebarang Nafkah Tetapi Ustaz ini tetap kata isteri ini akan beruntung

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Seorang isteri dengan wajah se dih dan mu rung datang bertemu dengan seorang Ustaz Pegawai Agama Runding Cara di Jabatan Agama Islam untuk meminta nasihat bagi mengadu hal suaminya.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ustaz: Apa yang boleh saya bantu puan? Isteri: Saya ingin mengadu kepada ustaz masalah suami saya.

Ustaz: Ye silakan, apa masalahnya itu?… Isteri: Saya diani aya dan dizali mi suami saya Ustaz. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan Ustaz. Makan minum saya tidak diendahkan Ustaz. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan. Ustaz tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, Ustaz boleh tersenyum mendengar aduannya.

Ustaz: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung?? Ustaz: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang Ustaz. Saya hidup susah. Saya menderi ta dan seng sara Ustaz. Kehidupan saya tunggang-langgang. Ustaz: Sudahkah kamu berdoa wahai puan? Isteri: Sudah Ustaz. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Ustaz: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala. Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang diania ya dan dizali mi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka pengania yaan dan kezali mannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehan curan dan kemusna hannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah, Ustaz. Dia sudah lama meninggalkanku dalam deri ta dan seng sara ini.

Ustaz: Allah.. beruntungnya kamu wahai puan… Isteri: Kenapa Ustaz asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam seng sara, deri ta dan air mata? Ustaz: Allah… wahai puan, berapa umurmu sekarang ini? Isteri: 40 tahun tuan. Ustaz: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini? Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Ustaz: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang diania ya dan dizalimi suami?

Dengan lemah dan se dih, si isteri cuma mengangguk.

Ustaz: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur umatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deri tamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala deri ta itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama deri ta dan seng sara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya Ustaz lebih tahu.  Ustaz: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah mengani aya dan menzali mimu, akan disik sa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding deri ta yang sedang engkau deri tai di dunia ini wahai puan. Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezali man dan pengania yaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

Isteri itu tertunduk.

Ustaz: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah Ustaz. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Ustaz: Selama mana kamu sebagai isterinya diania ya dan dizali mi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia mence raikan saya ustaz? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?

Ustaz: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu dice raikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah mence raikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

Isteri itu diam.
Melihat isteri itu diam, Ustaz bertanya;

Ustaz: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu? Isteri itu menggelengkan kepala. Ustaz: Adakah puan masih menyayanginya? Isteri itu hanya membisu. Ustaz: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan? isteri itu masih diam.

Ustaz: Maha Suci Allah… Suamimu itu bukan mengania ya dan menzali mimu wahai puan, tetapi dia mengania ya dan menzali mi dirinya sendiri… Ustaz tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;  Isteri: Kenapa Ustaz menangis?

Ustaz: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri.

Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja. Kesusahan dan kesuli tan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh Ustaz.

والله اعلم بالصواب
ربي أجعلني زوجة و أم صالحة

Kuatnya seorang wanita itu..  Apabila tetap bersabar walau diuji, Tetap berbelas walau dike ji, Tetap tersenyum walau disa kiti, Tetap mengasihi walau dibenci, Tetap mendoakan walaupun di khia nati….

Jalan ke syurga itu berliku onak durinya. Mungkin jika sendiri. Aku juga tidak mampu. Moga Allah jaga.

Add Comment