Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Damailah di sana wahai isteriku yang tercinta. Tiada lagi kesa k1tan yang perlu ditanggung. Moga ia menjadi asbab syurga tanpa hisab buat dirimu. Air mata ini menitis bilamana dirimu redha akan ujian yang sangat berat ini. Ketahuilah bahawa Allah juga meredhai hamba-hambaNya yang redha dengan ujian yang diberikanNya.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Mengimbas kembali, ketika doktor mengesahkan dirimu perlu menjalani ope ration dengan segera akibat penya k1t knser dan dalam masa yg sama ba yi yang dikan dungmu baru sahaja berusia 27 minggu perlu juga dikeluarkan. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaanku ketika itu.
Tanggal 23 Jun 2019, seawal pagi seusai solat Subuh dirimu sudah bersiap sedia utk ke bilik be dah. Jam 9 pagi ope ration dimulakan. Alhamdulillah, ba by berjaya dikeluarkan pada jam 9.50 pagi seberat 1.005 kg. Syukur atas kela hiran yg ke-5 menjadikan anak-anakku semuanya gegirls.
Terpaksa po t0ng li dah…
Tepat jam 1 pagi, doktor memanggilku setelah 15 jam menunggu. Hatiku menanti dengan penuh debaran saat melihat wajah doktor pakar. “Kami terpaksa memotong kesemua li dah isteri awak disebabkan s3l knser tersebut telah merebak” kata doktor pakar. Hampir sahaja aku rebah dan terduduk saat mendengar kata2 tersebut. Ya Allah! beratnya dugaanmu wahai isteriku.
Setelah 3 minggu, aku melihat dirimu semakin sihat. Aku masih ingat lagi dia menulis “kalau sayang dah sihat, kita pergi makan di kedai sama-sama yer”. Dia suka masak di rumah dan tak suka makan di luar. Hanya sekali sekala sahaja menjamu selera di luar.
Selang beberapa hari, keadaannya seolah-olah tidak mengizinkan. Doktor mencadangkan chemo the rapy namun isteri memilih untuk ra diothe rapy dan memilih P. Pinang sebagai destinasi untuk meneruskan rawatan susulan knser tersebut.
Pertemuan terakhir dengan baby…

3 hari sebelum transfer ke P. Pinang, aku mengajaknya utk melihat baby yang belum pernah dilihatnya sejak dila hirkan. Aku menolaknya dengan menggunakan wheelchair. Saat pertama kali dia melihat ba by, dia menitiskan air mata. Dia mengusap baby perlahan-lahan dan beberapa kali seolah-olah itulah yang pertama dan yang terakhir sentuhan seorang ibu. Ya Allah, ternyata benar!
Keadaannya dari sehari ke sehari semakin merosot. Doktor pakar di P. Pinang mencadangkan che mothe rapy instead of ra diothe rapy kerana s3l knser telah merebak dengan cepat. Setelah selesai chemo the rapy, keadaannya masih tidak menentu dan semakin teruk dan terpaksa diwarded.
Sehari sebelum pemergiannya, doktor beritahu keadaannya semakin tenat. Ya Allah! hanya kepadaMu sahaja kami berserah. Semua ahli keluarga dipanggil balik. Kami memenuhi permintaannya utk dipindahkan ke wad paletif yang mempunyai keselesaan dan dijaga oleh nurse.
Malam terakhir momen yang sungguh SEB4K…
Malam sebelum pemergiannya, hampir keseluruhan adik-beradik ada bersama dan mereka meminta maaf. Isteriku mencapai pen dan menulis kepadaku “kenapa semua orang balik? sayang dah nak ma t1 ka?” Ya Allah! betapa se d1hnya aku ketika itu dan dengan perlahan-lahan aku bisikan di telinganya sambil menceritakan keadaannya yg sebenar. Dia pun menulis memohon maaf kpd semua adik beradiknya.
Pada malam itu juga, dia solat Isyak dlm keadaan berbaring dan tidak bermaya. Solat isyaknya kali ini lebih panjang daripada solat yg lain seolah-olah ia mengetahui itu adalah solat Isyaknya yg terakhir. Aku berdiri di tepi katilnya memandang wajahnya sambil melihat dia solat. Tanpa ku sedar, air mataku mengalir dgn membayangkan adakah ini pandangan terakhirku terhadapnya? Ya Allah..
Aku menemaninya pada mlm itu, dia tidur begitu nyenyak sekali. Hanya sekali sekala shj matanya buka memandangku di sisinya. Pada waktu subuh, aku mengejutkannya utk solat Subuh. Dia menganguk! lalu aku capai sarung tangan dan semburkan air wudu’ padanya. Dengan perlahan-lahan aku ratakan air wudu’ nya. Lalu ditutup auratnya utk solat. Aku melihatnya seolah-olah tidak berdaya. Lalu aku bacakan surah al fatihah dan surah pendek seolah2 kami solat bersama sampailah selesai solat subuh.
Tepat jam 12 t/hari, perginya begitu cepat tanpa memberikan isyarat. Aku sempat membisikan kalimah syahadah ditelinganya. Pergimu begitu tenang sekali. Wajahmu umpama seperti ba yi yang sedang nyenyak tidur. Ya Allah! kau tempatkanlah isteriku dikalangan para syuhadah dan para solehin. Ya Allah! aku menjadi saksi dia seorang isteri yang baik. Dia telah mendapat redha suaminya.
Terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan yg memberikan sokongan moral, doa, kewangan dan sebagainya. Hanya Allah shj yg akan membalas jasa baik kalian. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan pengke bu m1annya. Rehatlah dikau disana wahai isteriku.
Terima kasih kerana menghadiahkan seorang lagi puteri buatku. Pesan terakhirmu akan ku jaga iaitu supaya menjaga anak-anak dengan baik dan memberi pendidikan agama kepada mereka. Kamu juga meminta supaya mereka titipkan al-fatihah kepada ibu mereka setelah selesai solat setiap waktu.
Syurga tempatmu sayang!! Ameen! Al-Fatihah.
Sumber; Zhafri Nabilah