Beg dirgut, berkat kuasa doa apa yg dilakukan pergut slps itu tak dis4ngka

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Allah makbulkan doa kami di antara dua waktu. Azan dan iqamah.” Ini bukan kisah biasa. Kisah ini bermula daripada status kema tian Nurull Azliza Nordin. Dan kami mula menjejakinya.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

“Iqbal, pinjam duit sepuluh ringgit. Nak pergi ba lai po lis ni. Duit tak ada.”
Pinta kakliza sambil ketawa. Barangkali, nak cover malu. Biarpun mukanya redha, sedih di hati siapa yang tahu.

“Nah, ambil ni. Buat belanja.”
Dihulurnya seratus ringgit buat kakliza.

Me: Eh kak, kenapa tak pinjam duit aku? Aku masih ada duitlah.

“Takpe. Takpe. Seganlah. Haha.”
Ketawa lagi. Cover malu. Kakliza..kakliza.

Petang tadi, kami ke Balai Polis Melawati sekali lagi. Kali ini, untuk ambil salinan re port pula. Bertujuan nak buat lesen memandu kelas D dan B2 yang baru. Lesen kakliza lesap kan. Tak pasal-pasal nanti dianggap pendatang.

Sepanjang hari, saya menemaninya ke mana sahaja dia pergi. Serupa jadi PA. Tak sanggup lagi dah nak menangis kehilangan. Murung seharian.

“Inah, cepat tadah tangan. Nak berdoa ni. Mudahan Allah lembutkan hati orang yang ambil barang tu untuk pulangkan semula. Mana tahu, Allah makbulkan doa kita.”

Pinta kakliza. Bertawassul dengan amalan sedekahnya.

Pantang berjumpa orang, kakliza akan berhenti seketika. Bersedekah sambil berbual panjang. Memohon didoakan agar dilembutkan hati dan dikembalikan barangnya yang hilang.

Sedekah dan berdoa. Berulang-ulang.

“Inah, nanti kita iktikaf dan solat asar di masjid, ya. Mana tahu, Allah lembutkan hati orang yang ambil tu untuk pulangkan semula barang kakliza. Husnuzon dengan Allah. Hati manusia, Allah yang pegang. Kalau Allah kata ada rezeki kakliza, ja hat macam mana pun orang tu, Allah berkuasa lembutkan hatinya semula.”

Pinta kakliza lagi. Kali ini, nampak kesungguhan di wajahnya.

Saya menurut kata. Memang dah lama teringin nak solat sama-sama di masjid dengan kakliza.

Tiba di masjid, kami solat sunat seperti biasa. Lama kakliza sujud berdoa. Saya perhatikan sambil turut berdoa. Sebak pun ada.

“Kakliza tak kisah.. kalau nak ambil duit, ambillah. Mungkin, dia terdesak nak guna. Tapi, kurang-kurang, dia pulangkan barangan lain. Semua barangan dalam tu hadiah daripada orang. Telefon orang bagi, beg orang bagi, buku nota orang bagi, pen orang bagi, beg duit pun orang bagi.. semuanya dihadiahkan. Tak ada satu pun yang kakliza beli.”

Luahnya. Seorang yang sangat menghargai pemberian orang. Ada sedikit kesedihan di wajah biarpun dia cuba rahsiakan.

Allahu.. Rendah nadanya menyentuh kalbu.

Azan Asar berkumandang. Selesai solat sunat.. Waktu saya dah beri salam, mata terpaku di suatu sudut tiang. Terpandang sebuah beg hitam.

Terus saya pandang kakliza dibelakang. Allah.. Kakliza ni.. Dok solat lagi. Lama sangat aihhh… Saya pandang lagi. Sehinggalah kakliza mula respon. Beri isyarat memanggilnya untuk duduk di sebelah saya.

Me: Kak, cuba pandang. Tu bukan beg akak ka? Soal saya kepada kakliza. Terus kakliza hampiri makcik yang duduk bersebelahan beg tersebut.

“Beg makcik ke, ni?”Tanyanya.

Makcik: Tak. Makcik jumpa di luar. Makcik bawa masuk ke dalam. Entah siapa tertinggal.

Terus kami buka dan…. masyaallahhh… beg kakliza!!!!! Belum sempat kami check barang, iqamah dilaungkan.

Allahu…. sayuuuu. Menangis. Terus sujud syukur. Terketar-ketar tangan nak angkat takbir untuk solat berjemaah. Secepat ini Allah makbulkan doa kami.

Apa yang saya pelajari hari ini:

– Sentiasalah berbaik sangka dengan Allah – Bertawassul dengan amalan – Keajaiban sedekah (walaupun kakliza sedekah dengan duit pinjam. Hehe)

– Kita baik dengan Allah, Allah baikkan hati orang dengan kita

– Hati manusia Allah yang pegang. Allah berkuasa ‘jentik’ hati kita bila-bila masa ja. – Sebaik-baik tempat adalah masjid untuk kita bertenang – Yakin. Selagi ada doa, selagi itu ada harapan

Cuma, motif up status kema tian.. wallahua’lam. Entah apa motifnya, hanya Allah sahaja yang tahu.

(nota ditinggalkan pera gut)

Semoga adik yang mengambil barangan tu diberikan hidayah. Kakliza cakap, RM350 tu takpelah dia dah halalkan dan sedekah. Moga adik guna duit tu ke arah kebaikan. Insyaallah.

Sumber: Musminah binti Mustain via ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *