Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
BARU-BARU ini saya terima satu soalan berkaitan mimpi: “Dalam mimpi, saya memakai cincin emas pada jari manis tangan kiri. Waktu itu saya berada di sebuah tempat (rumah mungkin) yang semuanya gelap dan hitam. Waktu berjalan-jalan di situ, ada satu makhluk kecil (tak ingat apa dia) menanggalkan cincin saya dan melarikannya.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
“Saya kejar. Sampailah di satu sudut, makhluk itu beri cincin saya kepada seekor labah-labah hitam. Haiwan itu memegang erat cincin hingga saya tak boleh ambilnya. Apa makna mimpi saya?”
Ini jawapan ringkas saya kepada yang bertanya: “Maaf saya tak pasti. Cuma kena tengok keadaan awak sebelum tidur. Adakah awak ada baca apa-apa doa sebelum tidur. Mungkin ia sekadar mimpi mainan tidur atau usikan syaitan yang nak takutkan awak. Abaikan sahaja dan minta perlindungan dengan Allah daripada sebarang ba haya.”
Ini pula jawapan panjang yang mungkin boleh membantu yang bertanya. Mimpi manusia terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan hadis ini:
“Apabila waktu (kiamat) semakin dekat, hampir sahaja mimpi seorang Muslim tidak mendustainya. Orang yang paling benar mimpinya adalah orang yang paling benar lidahnya. Mimpi orang Islam adalah satu bahagian dari 45 bahagian kenabian. Mimpi itu tiga jenis:
(1) Mimpi yang benar adalah perkhabaran gembira daripada Allah,
(2) mimpi gangguan daripada syaitan (untuk menyedihkan) dan
(3) mimpi yang dipengaruhi jiwa seseorang (psikologi). Sekiranya kamu bermimpi sesuatu yang tidak kamu sukai, maka bangunlah bersolat dan usahlah diceritakan mimpi itu kepada manusia,” – Sahih Muslim. Perincian tiga jenis mimpi: Mimpi mainan tidur
Banyak dipengaruhi emosi, psikologi orang tidur.
Usah dipedulikan mimpi jenis ini kerana ia sekadar pengisi ruang minda sewaktu mata terlelap. Langsung tidak memberi impak.
Anda boleh cuba eksperimen mudah bagi menghadiahkan mimpi ini kepada teman anda. Bagaimana? Siram air kepada teman anda yang sedang nyenyak tidur. Besar kemungkinan mimpinya berkisar dalam lingkungan air.
Saya pernah menonton dokumentari berkaitan ular te dung ga nas dari Mesir. Pengacara rancangan yang terkenal sebagai pakar menangkap ular gagal mengawal kerana kegana sannya yang luar biasa. Sejurus selepas itu, saya bermimpi sang ular menyeringai ga nas ke arah saya.
Mengapa? Mudah sahaja, kerana memori yang terpahat dalam minda saya masih nampak bayangan ular, lalu bayangan itu menjengah masuk ke dalam mimpi tanpa diundang.
Ketika paginya saya faham bahawa ular yang muncul dalam mimpi itu adalah imbasan ular yang ditonton dan bukannya petanda saya dideng ki atau disi hir oleh sesiapa. Mimpi gang guan syaitan
Syaitan sudah mengikat janji akan merosakkan manusia sehingga kiamat.
Usaha merosakkan manusia berlaku secara rohani, men tal dan fizikal.
Sera ngan men tal dan emosi paling mudah syaitan jalankan kerana mereka adalah makhluk yang lain jisimnya. Laluan perjalanan mereka merentas tu buh manusia melalui pembuluh darah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya syaitan (mampu) bergerak dalam (tu buh) manusia melalui pembuluh da rah,” – Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
Cara mudah menangani mimpi ini adalah memotong langsung gangguannya sehingga ke akar umbi. Ikutlah panduan Rasulullah SAW:
“Apabila seseorang kamu bermimpi sesuatu yang disukainya, ketahuilah ia daripada Allah maka pujilah Allah atas mimpi tersebut dan berbicaralah tentangnya. Akan tetapi apabila seseorang itu bermimpi yang lain iaitu sesuatu yang tidak disukai, ketahuilah ia daripada syaitan. Maka hendaklah dia memohon perlindungan dengan Allah daripada kejaha tannya. Jangan juga diceritakan mimpi itu kepada sesiapapun kerana mimpi itu tidak akan memudaratkannya,” – Sahih Bukhari.
Dalam hadis lain Rasulullah memperinci cara mengurus mimpi buruk:
“Apabila seseorang bermimpi (buruk) sesuatu yang tidak disukainya, maka hendaklah dia meludah ke kirinya sebanyak tiga kali, memohon perlindungan dengan Allah daripada keja hatan syaitan sebanyak tiga kali, dan hendaklah dia beralih tempat tidur,” – Sahih Muslim. Mimpi yang benar atau perkhabaran gembira untuk orang soleh
Mimpi jenis ini biasanya berlaku kepada orang yang benar lidahnya sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah SAW:
“…Apabila waktu (kiamat) semakin dekat, hampir sahaja mimpi seorang Muslim tidak mendus tainya. Orang yang paling benar mimpinya adalah orang yang paling benar lidahnya,” – Sahih Muslim.
Lidah yang pantang berdus ta berpunca daripada suluhan iman dalam jiwa. Lalu suluhan itu terpancar terang dalam mimpinya. Imam Muhammad Ibn Sirin, seorang tabiin tersohor dan dikurniakan kelebihan mentafsir mimpi turut menasihati perihal kepentingan takwa kepada Allah semasa sedar yang akan memancarkan mimpi yang benar semasa tidur.
Sebuah riwayat menyebut: “Apabila seseorang lelaki bertanya Imam Ibn Sirin tentang tafsiran sebuah mimpi, beliau akan berkata: Bertakwalah kamu kepada Allah ketika sedar (jaga), sudah pasti mimpi kamu tidak akan memberi mudarat padamu,” – Hilyat al-Awliya’ Wa Tabaqat al-Asfiya’ oleh Imam Abu Nu’aym al-Asbihani.
Walaupun begitu, waktu tidur orang yang benar lidahnya perlu kena dengan waktu mimpi yang benar. Perhatikan wilayah tidur yang disinggung Allah dalam ayat ini:
“Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh daripada kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu)
(1) sebelum solat subuh, dan
(2) ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan
(3) sesudah solat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-Nya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana,” (al-Nur [24:58]).
Sebelum percaya mimpi mempunyai petanda, kelaskan terlebih dahulu mimpi yang dialami kepada tiga kategori di atas. Juga ambil kira waktu tidur kita agar menepati tiga masa yang disebut ayat itu. Cubalah tafsir mimpi anda kepada kebaikan, mudah-mudahan Allah berikan mesej terbaik.
Jika mimpi kita tampak kelabu dan tidak menepati jenis mimpi yang benar serta waktunya jauh menyimpang, maka abaikan sahaja mimpi tersebut.
Sumber : Utusan