Keluarga Bahagia, suami dan ank suap isteri makan patut dicontohi. Ini 3 pengajaran blh diambil

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Jarang sebenarnya kita nampak situasi ni terjadi depan mata sendiri. Bila nampak, boleh buat kita tersenyum dan ambil pengajaran. Sebab itulah, perunding motivasi ni ambil keputusan untuk rakamkan kejadian macam tu.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Selasa lalu, Sharimi Shaharudin berada di Restoran Pak Long, Ukay Perdana pada waktu tengah hari ketika dia ternampak pasangan suami isteri yang tengah duduk di meja bersama dua orang anak kecil.

Seorang duduk di kerusi kanak-kanak bersebelahan dengan si bapa dan seorang lagi dipangku oleh si ibu. Namun, apa yang Sharimi saksikan lepas tu buat dia tersentuh dan ambil keputusan untuk rakamkan momen tu.

Video yang dimuat naik dekat Istagram tu menunjukkan yang lelaki tersebut menyuap isterinya makan. Katanya,

“Kita boleh belajar di mana-mana. Allah kalau nak tunjuk suatu pengajaran, ia akan beri walau dengan satu pandangan”

Tapi, paling tak disangka, bila dia mula rakam video tu kebetulan pula si anak pun turut ikut tingkah laku bapanya dan mahu suap si ibu. Alooo sweetnya!

“Aku pun terasa nak rakam, buat pengajaran dalam diri, time aku rakam, elok pulak anak dia nak suap juga maknya.”

‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’. Itulah perumpaan yang sesuai untuk situasi tersebut di mana anak kecil tu berusaha nak menyuap walaupun jarak kedudukannya agak jauh dari kerusi ibunya.

Melihat situasi macam tu depan mata sendiri, Sharimi sedar akan tiga perkara ini:

1.Jadi suami yang memahami, saling bantu membantu, ambik berat dan tahu main peranan dan bukan penting diri. Sentiasa untuk bahagiakan isteri dan anak-anak. 

2.Contoh yang baik dari ayah, anak-anak akan ikut sekejap tu juga. Begitulah juga sebaliknya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. 

3.Keluarga bahagia ni satu nikmat yang tidak terbanding dengan semua nilai harta di dunia. Kita yang memilih untuk bahagia atau tidak.

Netizen yang tonton video tu dekat Instagram Sharimi rata-rata memuji sikap si bapa yang telah tunjukkan contoh tingkah laku dan akhlak yang baik kepada anak kecilnya.

Ada juga admin baca komen netizen cakap tak sabar nak kahwin dan berharap dijodohkan dengan suami yang baik macam tu. Amboi hangpa! Aminnnn…

Gelagat macam tu sebenarnya makin jarang diamalkan dalam masyarakat kita zaman sekarang. Seperti kata Sharimi, tindakan suami tersebut menunjukkan yang dia tidak pentingkan diri sendiri hanya makan seorang.

Sharimi juga ada berkongsi dengan mStar, di mana menurutnya mereka itu contoh pasa ngan yang baik sebab sama-sama ambil berat.

“Dahlah tak pentingkan diri sendiri, suami juga tak hisap rokok. Tanggungjawab membela anak bukan hanya pada isteri sahaja, tetapi susah sama susah dan senang sama senang.”

Moga semua pasa ngan suami isteri dekat luar sana sentiasa berkasih sayang dan bertoleransi agar dapat tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak…

Sumber: lobakmerah

Add Comment