Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Setiap kali bawa isteri dan anak-anak membeli belah, si suami pasti risau sekiranya duit tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka. Bagi Mohd Hairie Bakri, dia hanya berbekalkan RM20 sahaja di dalam kocek ketika berjalan-jalan bersama isteri dan anaknya di sebuah pusat beli belah.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Perkara itu dikongsi menerusi laman Fcbk miliknya sehingga tu lar dengan mendapat lebih 4,600 perkongsian.
RM20 RINGGIT PUNYA GI LER
Gi lar ke apa ni tengah-tengah bulan bawa anak isteri aku masuk pusat beli belah. Kau tenang jelah, dari rumah lagi aku dah cakap hanya bawak jalan-jalan, bukan membeli belah.
Anak dengan isteri aku senyum je. Aku memang sengaja buat-buat lupa yang dalam kocek aku tu cuma ada RM20 je tapi peduli apa aku, aku percaya rezeki tu Allah yang bagi. Tak mustahil si miskin ni boleh jadi kaya kalau Allah izinkan.
Ramai
Siapa-siapa yang kenal aku, kalau aku kaya korang pun aku buat jadi sampai kaya. Itu kalau lah.. Hanya berbekal RM20, aku bawa anak isteri pusing satu mall. Nampak macam gempak, sebenarnya tengah tahan sebak.
Sepanjang jalan aku perhati je gerak geri bini aku, sesekali dia tenung kedai pakaian lama gi la, aku dah cuak, kang datang angin dia nak, mana aku nak cekau duit.
Dia bukan tau duit aku punya baki. Tapi alhamdulillah, dia tak masuk, hanya perhati dari luar. Maafkan suamimu sayang… bukan aku tak mampu nak belikan, tapi ada perkara yang aku perlu utamakan, bila semuanya dah selesai, inshaallah aku beri apa yang kau idamkan.
P/s : Beli jiwa keluarga ni tak perlu modal yang besar, cukup kau beri perhatian dan masa untuk bersama. Jujur aku cakap, sebak hati ni bila tengok mata isteri nak sesuatu tapi tak tercapai.
Rata-rata pembaca bersetuju dengan kenyataan beliau. Kebanyakan para isteri memahami keadaan suami mereka. Namun bukanlah alasan buat para suami untuk terlepas pandang dalam memberikan perhatian. Isteri secara fitrahnya sukakan sesuatu yang cantik.
Walau tidak mampu membeli, mereka suka melihat atau dalam istilah orang guna, cuci mata. Jika kita pergi ke pusat membeli belah, bukanlah semua yang ada didalam bangunan itu memiliki duit. tetapi, mereka sekadar mencuci mata, terapi diri dan memberi semangat supaya terus berusaha untuk memiliki apa yang diimpikan.
Semoga keluarga ini dilimpahi rezeki dan dipermudahkan urusan selalu!
Sumber : Mohd Hairie Bakri