Kisah Cuci Selipar Dan Pelajar Tahfiz Yang Baik Hati

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Biasanya jika kita pergi masjid terutama kaum lelaki mesti risau jika selipar mereka hilang ketika pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Namun, kisah seorang ustaz ini menceritakan mengenai perihal anak muridnya di laman sosial membuatkan orang ramai terkesan dengan ceritanya.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Seorang ustaz lepasan tahfiz, Abdullah Hafizzan, berkongsi cerita mengenai seorang anak muridnya yang dalam diam mencuci seliparnya yang kotor disaluti tanah lecak hingga bersih di akaun laman ssial Fcbk miliknya.

Kebiasaannya, dia akan menyemak hafalan kesemua anak muridnya di surau dan menanggalkan selipar seperti biasa di bahagian luar surau.

“Masa dorang semua keluar surau, aku terperasan salah sorang dari mereka, tunduk ke bawah dan mengangkat selipar aku ke satu lokasi yg tidak diketahui,” ujarnya.

Menurutnya, dia melihat anak murid itu kembali ke surau dan meletakkan seliparnya serta terus masuk ke kelas seterusnya.

“Dan waktu tu aku pun menghampiri selipar aku dan ternyata, sangkaan aku tepat. Selipar aku kelihatan bersih seakan2 baru,” sambungnya.

Dia berasa terharu kerana murid itu merupakan murid yang dirotannya pagi tadi disebabkan tidak menghantar ‘sabqee’ dan murid tersebut selalu dirotan oleh sebab yang sama.

“Kalau aku jadi dia la, memang tak la kau nak cuci selipar ustaz yg selalu rotan kau. Tapi tulah, alhamdulillah, diorang ni takde berdendam dengan ustaz-ustaz diorang,” tambahnya.

“Aku pun masuk kelas dan mengajar macam biasa. Sengaja aku tak jumpa budak tu dan ucap terima kasih. Aku yakin dia ikhlas, so aku diamkan utk biarkan ia kekal begitu,” katanya sambil berterima kasih kepada murid itu dan mendoakan semua anak muridnya mendapat keberkatan dalam pelajaran.

Pengguna la man so si al turut berasa terharu dan memuji murid tersebut yang masih memiliki adab dan budi pekerti yang tinggi sepertinya.

Diharap kita semua dapat mendidik generasi akan datang ini dengan betul supaya mereka akan menjadi insan yang berhati mulia dan berbudi bahasa ketika dewasa kelak.

Sumber : vitdaily

Add Comment