Mudah, Cikgu Ini Kongsi Step-By-Step Caara Bawa Kereta Sendiri Bercuti Di Thai land

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ha, cuti sekolah dah bermula hampir seminggu, mesti banyak perancangan keluarga mengikut budget masing-masing kan … Oklah, kat sini ada satu perkongsian menarik daripada seorang cikgu di FB beliau Abdul Muiez Ruslee yang telah dishare lebih daripada 500 kali, untuk bercuti di Thailand.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Beliau pergi bersama keluarga. Dan dikongsikan dalam FBnya banyak tempat-tempat menarik yang ada di sana. Dan kali ini, kami suka nak kongsi cara bawa kereta ke Thailand seperti yang dikongsi oleh beliau.

Sebelum ini saya memang sudah pernah ke Hatyai. Ikut geng bujang. Masa itu, duduk belakang saja. Jadi bos. Bila nak bawa kereta sendiri terus jadi cuak.

Lama juga berkira-kira untuk bawa kereta ke sini. Takut. Sampailah satu ketika, adik saya pergi dengan kawannya. Rupanya mudah sahaja.

Terus saya cari di FB, cara-cara untuk bawa kereta. Ditambah dengan perkongsian adik saya. Dan, akhirnya saya di sini.

Meh saya kongsikan CARA BAWA KERETA SENDIRI KE THAILAND.

Perkara penting yang perlu ada ialah,

1. Kereta.
2. Geran asal kereta.
3. Pasport.

Sebelum sampai ke Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar, kalian perlu beli insuran untuk masuk ke Thailand dulu.

Saya cadangkan, sehari atau dua hari sebelum masuk Thailand, kalian hubungi nombor ini. www.wasap.my/+60122309493

Cakap padanya yang kalian ingin beli insuran Thailand. Buat pembayaran terus. Hari nak masuk, boleh ambil dokumen yang sudah siap di Changloon. Tak perlu beratur, tak perlu tunggu lama.

Insurans :
RM16 (5seats/9days)
RM25 (7seats/9days) 

Whitecard : RM2 per orang
TM2/TM3 : RM10 (RM5 in/RM5 out)

Oh ya, simkad pun boleh beli di sini. RM29 untuk 15 minit panggilan dan unlimited data untuk 7 hari.

Bila sudah terima semua dokumen, jangan lupa untuk tandatangan whitecard dan borang TM2. Kemudian, whitecard perlu disisipkan dalam setiap pasport mengikut nama.

Jika kalian melalui Bukit Kayu Hitam, kalian akan menemui sekatan AKSEM dahulu. AKSEM ialah Agensi Keselamatan Sempadan. Buka tingkap, bagi salam dan lambai. Kalau pergi dengan keluarga, biasanya mereka tidak tengok sangat. Bila disuruh jalan, jangan lupa ucap terima kasih.

Selepas AKSEM kalian akan melalui Imigresen Malaysia. Keadaannya seperti pondok tol. Bawa kereta dan berhenti di hadapan pondok Imigresen. Buka tingkap dan hulur semua pasport yang ada. Tak perlu turun. Selepas pasport dicop, jangan lupa ucap terima kasih.

Kemudian, teruskan pemanduan ke Sadao Arrival Boundry Post. Keadaannya masih sama seperti di Malaysia. Pondok tol. Kali ini semua kena turun. Bawa sekali borang TM2, TM3 dan pasport. Apabila pasport diserah, wajah kalian akan dirakam.

Oh ya, di sini mereka masih lagi meminta tips walaupun terang-terang ada papan tanda dilarang beri tips. Diorang minta baht wei. Ringgit tak laku. Kami 6 orang, dia pow 550baht. Lepas itu, mereka pula yang ucap terima kasih 

Selepas cop pasport dan wajah dirakam, kalian perlu pandu ke hadapan sikit. Kali ini untuk serahkan geran kereta. Oh ya, bawa sekali pasport pemandu. Urusan di sini sangat mudah.

Selepas selesai, tadaaaaa. Anda kini sudah berada di Thailand.

Semoga bermanfaat. Silakan share jika perlu.

Sumber : FB Abdul Muiez Ruslee via Beritadinding.blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *