Inilah 6 orang bos paling baik didunia, bos kesayangan dan idaman pekerja

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sekiranya anda bertanya dengan mana-mana mereka yang telah bekerja sama ada mereka menyukai bos mereka atau pun tidak, rata-ratanya akan memberikan jawapan tidak.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Tetapi berbeza dengan bos-bos yang luar biasa ini, mereka merupakan bos-bos yang paling disayangi oleh pekerja mereka kerana sifat luar biasa yang dimiliki mereka.

1. Pengurusan minuman biir Br3wDog memberikan cuti seminggu kepada pekerja mereka yang membela anak anjing pada peringkat awal. (bukn utk org Islam ya)

Sekiranya anda ingin membela anak anjing, anda akan mendapat cuti selama seminggu kerana anda perlu menstabilkan emosi dan memerlukan masa untuk membiasakan diri.

Semua pekerja di kilang biir Scotland boleh mengambil haiwan kesayangan mereka dan mereka akan diberi cuti selama seminggu. Walaupun mereka bercuti mereka akan dibayar gaji.

2. Dan Price berkongsi sebahagian pendapatannya dengan pekerjanya.

Dan Price, pengasas Gravity Payments, mengucapkan terima kasih kepada pekerjanya atas kerja mereka dengan bonus yang besar dan berkongsi pendapatannya sendiri dengan menaikkan gaji setiap pekerja kepada kepada $ 70,000 setahun.

#3. Savji Dholakia memberi semua pangsapuri dan kereta kepada pekerjanya yang telah bekerja selama 5 tahun dan ke atas.

Hare Krishna Exports adalah sebuah syarikat India yang besar dengan beratus-ratus orang pekerja.

Syarikat ini menjalankan perniagaan mengeksport berlian ke luar negara maka tidak hairanlah sekiranya CEO mempunyai banyak wang untuk menyediakan prasarana yang baik untuk para pekerjanya.

Savji memberikan 1,260 kereta dan 400 pangsapuri pertama kepada pekerja paling produktifnya pada April 2016.

Walaupun CEO ini amat kaya tetapi dia sering mengajar tentang erti kesusahan kepada anaknya. CEO ini amat terkenal setelah menghantar anaknya ke sebuah bandar kecil untuk belajar tentang kesusahan dengan memperoleh gaji sebanyak 7000 rupee atau bersamaan dengan RM400 sebulan.

4. Stefan Memberikan cuti selama setahun pada setiap 7 tahun.

Pereka grafik terkenal ini dan pemilik Sagmeister & Walsh berpendapat bahawa jika anda tidak mempunyai percutian yang panjang, anda akan kehilangan potensi dalam pekerjaan anda.

Bagi membuktikan perkara itu, semasa beliau bercuti Stefan bukan sahaja dapat menghidupkan semula semangatnya malah beliau dapat menghasilkan pelbagai idea baru yang dibawa pada 7 tahun berikutnya.

5. Pengurusan Hime & Co memberi cuti seharian kepada pekerjanya jika mereka putus cinta.

Syarikat pemasaran ini bersimpati dengan masalah cinta para pekerjanya. Apa yang menarik, wanita berusia 20 tahun yang putus cinta akan diberi cuti selama sehari tetapi jika wanita itu berusia 25 tahun akan diberi cuti selama 2 hari manakala bagi wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas akan diberi cuti selama 3 hari. Pengurusan syarikat itu berpendapat bahawa wanita yang lebih tua mempunyai emosi yang tidak stabil

Namun bukan itu sahaja, syarikat ini akan memberi anda cuti untuk anda menghabiskan waktu membeli belah pada jualan musim

6. Syarikat Asana menyediakan makanan yang sedap dan menarik untuk para pekerjanya.

Syarikat yang diasaskan oleh founder Fb ini berpendapat bahawa makanan yang lazat dan sihat bukan sahaja dapat memberi kesan positif kepada prestasi pekerja tetapi juga menjadikan mereka lebih bahagia.

Pihak pengurusan mengupah tukang masak kelas pertama untuk menyediakan makanan yang lazat dan menarik setiap hari, dan pejabat mereka dipenuhi denga coklat-coklat yang mahal. Perkara yang kecil tetapi berharga, akan membuatkan anda lebih dihargai.

Kesimpulannya, banyak syarikat yang baik dan menjaga kebajikan pekerja, tetapi dengan cara-cara yang berbeza serta mengikut kemampuan dan matlamat sesebuah syarikat. Jika seorang majikan mementingkan prestasi syarikat, dalam masa yang sama menjaga hal ehwal pekerja, maka itu lebih baik. Semoga bermanfaat.

Sumber: jamtanganmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *