Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Tidak semua orang sentiasa bernasib baik sepanjang hidupnya. Ada juga masanya misalnya merasa kehila ngan orang tersayang atau hanya mampu melihat kerana apa yang dihajati tidak mampu dimiliki.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Demikian juga apa yang yang terjadi kepada sekumpulan anak yatim ini seperti yang dikongsikan oleh Natipah Abu. Kanak-kanak ini terpes0na dengan deretan cincin yang dijual oleh seorang lelaki namun tidak mampu untuk membelinya.
Bagaimanapun kanak-kanak itu beruntung kerana dipertemukan dengan penjual cincin yang berhati mulia yang tak lokek untuk menggembirakan hati mereka. Untuk kisah lebih lanjut, kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda dibawah.
Sewaktu melintasi gerai yang menjual cincin ini, mata mereka masing-masing menjeling dan mencu ri pandang pada gemerlapan cincin yang tersusun kemas di dalam kotak.
Kelihatan beberapa orang anak mema tikan langkah, berdiri di situ sambil mata menjamah keindahan cincin yang dipamerkan.
” Dari sekolah mana kamu?” tanya pemilik kedai sambil matanya beralih pada sekumpulan anak-anak yang lain.
” Kami dari rumah anak yatim,” jawab salah seorang anak dengan suara yang perlahan. Terasa benar kekurangan diri saat soalan tentang dari mana itu diutarakan.
” Panggillah semua kawan-kawanmu ke mari. Saya ingin hadiahkan cincin sebagai tanda kenangan”.
Mereka berpandangan sesama sendiri, lalu pandangan tertancap pada wajah pemilik kedai. Seakan tidak percaya dengan apa yang menerjah gegendang. Pemilik kedai menganguk seraya tersenyum manis.
Lalu dalam sekelip mata semuanya beratur panjang. Pemilik kedai pun menyarungkan cincin yang indah begemerlapan itu ke jari mereka. Seorang demi seorang mengikut saiz yang sepadan dan sesuai.
Masing-masing tersenyum gembira. Mengangkat tangan dan menayang-nayang di mata sendiri, puas hati bilamana cincin yang indah itu melingkar kemas di jari.
Lalu tangan si pemilik kedai disalami dan dikucvp seikhlas hati, tanda menghargai hadiah yang diberikan. Di mana pun dia dan biar siapa pun dia, semoga Allah S.W.T memberkati dia kerana telah menyantuni 36 orang kekasih Rasullullah S.A.W ini.
Gambar di atas adalah sekadar hiasan dan boleh dijadikan pengajaran. Tidak akan miskin harta orang yang bersedekah! Malah makin bertambah dan melimpah ruah..
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: siakapkeli