Lelaki Pengayuh Beca Yang Miskin, Tetapi Suka Bersedekah Pada Hari Jumaat Dan Ganjaran Yang Dia Dapat Memang Menge jutkan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ini adalah satu kisah benar yang berlaku seperti yang dikongsikan oleh seorang ustaz. Ada seorang lelaki pengayuh beca yang kerjanya mengayuh beca. Kehidupannya susah, ya memang susah, dan kita sedia maklum bahawa jika hanya sebagai seorang pengayuh beca, tentulah pendapatan pun tak seberapa dan mungkin hanya sekadar cukup-cukup belanja sahaja.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Namun dek kerana dia mempunyai hati yang bersih, walaupun hidupnya susah, Allah sentiasa buka hatinya untuk bersedekah. Oleh kerana tak tahu apa yang dia nak beri untuk bersedekah, dia ambil keputusan untuk mengayuh beca secara percuma pada setiap hari Jumaat.

Percuma? Ya! Percuma … Pada setiap hari Jumaat, dia tak akan mengambil bayaran daripada pelanggannya.

Pada suatu Jumaat, ada seorang perempuan kaya menaiki becanya ke satu destinasi, sesampainya di destinasi itu, perempuan kaya itu bertanyakan bayaran, lelaki pengayuh beca itu, berkata, tiada bayaran untuk khidmatnya pada hari Jumaat. Dia ingin bersedekah kepada pelanggannya pada setiap hari Jumaat.

Perempuan kaya itu terkejut, masakan dia bekerja tapi tidak ambil bayaran, dia merasa tersindir dan tidak berpuas hati kerana pemandu beca sepertinya boleh bersedekah dengan menggunakan kudrat dan pekerjaannya, namun perempuan kaya itu berlalu sahaja.

Pada Jumaat kedua, perempuan kaya itu kembali menaiki becanya, dan kali ini sengaja menunjukkan jalan paling jauh untuk sampai ke destinasinya. Tiba di destinasi yang dituju, sekali lagi perempuan kaya itu bertanyakan bayaran, dan lelaki pengayuh beca itu masih berkata, “Tiada bayaran untuk khidmatnya pada Hari Jumaat”.

Lelaki pengayuh beca itu sebenarnya tidak perasan, yang perempuan kaya itu pelanggannya dahulu, ialah … ramai yang ditemuinya pada setiap hari. Dan akhirnya perempuan kaya itu akui bahawa pemandu beca itu memang bersedekah pada setiap Jumaat.

Dan pada Jumaat ketiga, perempuan kaya itu kembali lagi,

Kali ini dia naik lagi beca lelaki pengayuh beca tu, dan berkata kepada lelaki pengayuh beca itu agar menghantar ke rumah lelaki pengayuh beca pemandu beca itu. Pemandu beca terkejut, kenapa perempuan kaya itu ingin ke rumahnya ?

Perempuan kaya itu hanya menyuruh lelaki pengayuh beca pemandu beca itu membawanya, kali ini perempuan kaya itu ingin pastikan adakah pemandu beca itu memang hidupnya senang sehingga mampu untuk tidak mengambil bayaran pada setiap jumaat dan diniatkan sebagai sedekah.

Sampai di rumah lelaki pengayuh beca pemandu beca itu, alangkah terkejutnya perempuan kaya itu, rumah lelaki pengayuh beca itu kecil dan serba-serbi sederhana. Dia minta izin masuk ke rumahnya, semuanya sederhana !

Dilihatnya isteri, dan dua orang anak yang masih kecil …

Terdetik dalam hati perempuan kaya itu,

“Aku yang kaya ini pun susah nak bersedekah, mulianya lelaki pengayuh beca ini, walaupun dalam kehidupan serba serbi sederhana dan susah, tiada harta, masih mampu bersedekah, sedangkan pada hari Jumaat itu, duit yang diperolehi itulah sepatutnya untuk menyara keluarga.”

Perempuan kaya itu kembali kepada lelaki pengayuh beca itu dan menyatakan kekagumannya kepada dia dan berkata,

“Bolehkah bantu aku bersedekah ?”, lelaki pengayuh beca pemandu beca itu terkejut dengan kata-kata perempuan kaya itu dan akhirnya bersetuju.

Apa yang perempuan kaya itu berikan ?

Dinyatakan, perempuan kaya itu berhasrat ini membawa satu keluarga pemandu beca itu mengerjakan Umrah !

Subhanallah … akhirnya Allah memberi ganjaran yang sangat hebat kepada lelaki pengayuh beca pemandu beca itu, bukan hanya kepada dirinya, malah kepada satu keluarganya. Kerana apa ? itulah mungkin yang dinyatakan sebagai “The Power Of Sedekah”, jika apa yang kita lakukan itu adalah dengan seikhlas hati kerana Allah S.W.T.

Pengajaran :

Setiap perkara kebaikan yang kita lakukan kepada manusia, janganlah kita mengharap balasan, suatu hari akan tiba jua hadiah daripada Allah S.W.T yang sebenanya mungkin kita tidak sangka-sangka.

Wallahualam.

Olahan semula oleh : team beritadinding.blog

Add Comment