Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Assalamualaikum… Hai readers. Hopefully you’ll get something thru my short story’s. Aku seorang wanita yang baru mulakan career. Aku jenis yang cepat fit in dalam apa pun bidang walaupun aku Major in HR tapi bidang aku sekarang langsung tak tally with qualifications aku.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Aku kerja dalam carton line industry and as a front line of company.
Pendekkan cerita, aku dah kerja almost 8 bulan dalam company ni dan masih belum dapat confirmation as a permanent staff. Disebabkan a few mistake yang besar aku buat dalam kerja. Dan kerugian syarikat almost 15k for the mistake.
Company bagi warning letter dan hampir dibuang kerja (first warning & last changes ). Dan sejak tu makin banyak kesalahan lain yang makin buat aku rasa down. Sampai satu tahap aku rasa aku penat dan cukup sampai sini. Aku give up.
Tiap perkara terbaik aku buat dalam kerja akan mus nah dgn mistake yang datang. And their expectations is kil ling me.
“ Tiap hari dalam sujud berbual dengan Allah, aku sebak. Buntu. Lelah. Give up. Tapi setiap hari juga aku bangkit, tapi masih longlai. Tapi aku pura-pura kuat dengan sebab aku perlu bekerja untuk bantu mama papa, ringankan beban mereka dengan support adik aku belajar di universiti. Aku nekad akan tanggung kos pembelajaran dia. Mungkin tu penyebab aku terus tahan utk kerja. ”
Sampai satu hari tu, aku rasa kosong teramat, murung. Aku taktahu apa yang aku mahu dalam hidup. Kebetulan, malam tu aku migrain. Lepas maghrib aku terus tidur, dan tersedar around 3 am. Masa tu, aku rasa puas tidur sebab aku lupa semua rasa.
Aku on handphone, aku scroll instagram, check whatsapp dan aku tiba-tiba terdetik “ lamanya aku tak tahajud, last aku tahajud masa Allah ambil orang yang paling aku sayang dan beri aku ujian cinta “.
Tapi, bisik syaitan menguasai hati. Aku tekan kan hati utk terus tidur seolah termakan kata-kata ja hat naf su. Tapi, bertapa Allah beri aku kekuatan utk la wan bisik syaitan. Aku bingkas bangun, aku wudhuk. Solat isyak, istikarah dan tahajud.
Aku mengadu bersungguh-sungguh malam tu. Aku berbual dengan Dia. Aku luah semua isi rasa hati, aku lempar semua bebanan bahu pada sujud.
Aku ingat, aku kata malam tu…
“ Ya Allah, aku tidak tahu apa yang terbaik utk aku, aku sudah cuba yang terbaik. Andai kata, tempat aku mencari rezeki ini bukan lah setepatnya untuk aku, kau berikan aku petunjuk berikan aku jalan dan kuatkan semangat aku “ dan banyak lagi aku doa.
Lepas mengaminkan doa, seluruh jiwa aku tenang.
Raga aku lapang.
Sungguh, malam itu aku lega.
Keesokkan harinya aku pergi kerja dgn satu perasaan yang tak boleh digambarkan. Ada aura baru, aku lupa yang kemarin hati aku memberon tak lemah dengan kerja.
Kemudian, petang tu Head of Department aku panggil ke bilik, berdua.
Serious riak mukanya, dia hulurkan aku satu kertas.
Aku baca dan amaati satu persatu.
Confirmation Letter !!!
Masa tu aku rasa cukup kerdil, aku tak tahu apa perasaan yang aku patut gambarkan untuk itu. Sungguh besar anugerah Allah.
Besar…
Betapa aku menangis gembira bersyukur untuk surat ini. Untuk pujian dan galakan dari syarikat buat aku. Betapa besar nikmat Allah beri pada aku.
Dengan cuma 2 rakaat tahajud dan istikarah. Dia beri apa yang aku perlu dan buka jalan buat aku.
Point aku disini, kadang-kadang allah sengaja uji kita dengan rasa terpuruk beban, terhimpit lara, jiwa gun dah re sah. Dia sengaja titipkan segala rasa untuk dia tarik kita memohon pada Dia. Dia mahu kita bercerita mengadu domba. Dia suka dan sayang akan kita. Selepas itu, dia aturkan satu persatu jalan yang terbaik.
Untuk part aku, on the sport Allah bagi dan petunjuk bahawa kerja ini masih menjadi rezeki dan punca buat aku dengan segala niat aku utk mama papa dan keluarga. Aku terfikir, gerak hati utk bertahajud malam tu adalah titik terakhir untuk dia makbulkan doa dan permudahkan jalan aku. Dan aku yakin, aku lulus ujian ini.
Alhamdulillah…
Pengajarannya di sini
Kalian, yakin lah pada apa yang Allah suruh dan nabi ajarkan.
Yakin.
Bertahajud la dalam apa juga keadaan. Semoga kita semua menjadi hamba-Nya yang sentiasa berusaha dan bertawakal dalam tahajud.
Kerana aku yakin, tahajud aku sentiasa punyaa jawapan baik.
Sumber : Mawar Khayalan via utusankami