Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Ma lang tak berbau. Seboleh-bolehnya dalam setiap perjalanan menaiki kenderaan kita sentiasa memohon kepada Allah agar dijauhkan dari merba haya. Namun di sebalik kita berhati-hati, adakalanya orang lain melakukan kecuaian.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Bila berlaku kmlngan, kita bukan saja trauma. Syukur jika nya wa tidak melayang. Tapi bagaimana agaknya perasaan kita kalau kenderaan yang melang gar kita itu pemandunya TIADA LESEN. Lebih teruk lagi kenderaannya tiada PERLINDUNGAN CUKAI JALAN.
Apa nak buat? Nak claim pada siapa kalau hal ini terjadi?. Peguam, Nor Zabetha telah menulis di fbnya, Nor Zabetha dan mengajar selengkapnya apa yang harus kita lakukan jika kenderan dilang gar orang tidak mempunyai lesen dan kenderaannya tiada cukai jalan. At least tak la rasa panas hati sangatkan kalau kena keluar duit sendiri! Ikuti perkongsiannya.
Saya dilang gar oleh kenderaan tidak ada lesen dan insurans. Apa perlu lakukan? Bolehkah saya tuntut? Saya kongsi caranya disini ya.
Ramainya yang tanya berkenaan soalan ini. Sebab mereka fikir tidak akan dapat menuntut langsung kerana tiada insurans dan juga lesen. Jangan salah anggap. Walaupun tidak ada lesen atau insurans, tetapi tetap berlaku kmlngan dan menyebabkan kerugian kan? Jadi ada boleh menuntut.
Tuntutan anda boleh dibuat atas individu yang melang gar dan pemilik kenderaan (jika si pemandu bukan pemilik) walaupun tiada insurans. Mereka tidak dilindungi, anda boleh sa man atas kapasiti persendirian. Jika anda menang tuntutan dan mahkamah memerintahkan mereka bayar tetapi mereka ingkar untuk bayar, anda boleh cuba ‘recover’ jumlah tersebut melalui prosiding seperti penyitaan barangan, kebankrapan dan lain-lain.
Anda telah mengalami kerugian akibat kecuaian si pelanggar, tidak adil semata-mata mereka tidak mempunyai insurans, mereka tidak perlu bayar apa-apa. Mereka juga tidak adil, tidak membeli insurans langsung seperti pengguna jalan raya lain dan menyusahkan pengguna jalan raya lain untuk menuntut.
Untuk menuntut bagi kes kecuaian kmlngan tanpa insurans ini, sangat-sangat penting anda dapatkan maklumat pemandu sebab bila hendak mulakan sa man, nama dan butiran pemandu diperlukan untuk menya man. Gagal dapat butiran memang menyebabkan anda tidak boleh menya man.
Jadi apa langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kmlngan oleh pemandu tanpa lesen dan tanpa insurans:-
1) Tangkap gambar kereta yang melang gar, tangkap gambar kereta kita (untuk simpanan peribadi atau sebagai rekod sendiri walaupun selepas lapo ran po lis, po lis akan tangkap gambar. Lebih elok jika ada rekod sendiri).
2) Tangkap gambar/ salin no plat kenderaan yang melanggar. Maklumat no. pendaftaran penting sebab perlu buat carian JPJ untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pemilik kenderaan.
3) Tangkap gambar roadtax pelanggar (untuk pastikan roadtax/insurans masih ada untuk kita tahu tindakan seterusnya seperti memasukkan dalam re port po lis)
4) PENTING!!!- Minta nombor telefon dan nama pelanggar-nama penuh, kalau dia hendak berikan kerjasama minta nama dan nombor kad pengenalan. Kita boleh menya man pemandu dengan informasi yang cukup. Kalau dia enggan terpaksa kita ambil tindakan terhadap pemilik.
5) Buat lapo ran po lis bagi kmlngan dalam tempoh 24 jam. Polis akan tangkap gambar kmlngan dan membuat lapo ran penuh serta lakaran kmlngan.
6) Hubungi pihak insurans anda.
7) Sekiranya pelanggar tiada lesen atau insurans. Anda selesaikan urusan pembaikian dahulu. Lantik peguam. Mulakan tindakan di mahkamah. Selepas dapat perintah untuk pelang gar membayar oleh mahkamah (penghakiman) mulakan tindakan untuk membankrapkan atau menyita atau lain-lain.
Elakkan settlement luar kerana kebanyakkan kes, selepas pihak-pihak tidak membuat lapo ran po lis. Pihak yang berjanji hendak buat settlement akan cabut lari. Hati-hati ketika memandu.
Silakan share supaya kita semua tahu hak kita.
Yang benar
Peguam Anda
Nor Zabetha