Kisah “Amoi” Share Pengalaman Nikmat Solat Kali Pertama Walaupun Belum Masuk Islam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Terima kasih admin dan kepada yang sudi membaca. Aku taip ni sebab aku baru lepas solat. Bukan solat yang sempurna. Jauh sekali beragama Islam. Aku bukan Islam pada kertas atau IC, not yet. Perkongsian lama aku dulu aku dah pernah share, aku bukan dila hirkan dalam family Islam tapi aku berminat.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Apa yang aku nak share sini ialah hari ni aku cuba solat. Aku ada telekung. Walaupun aku tak convert lagi, tapi aku ada telekung yang aku beli dan telah simpan lama. Mungkin dah nak dekat 3 -4 tahun. Hari ni terdetik aku nak buka tafsir Quran yang aku ada dan simpan lagi lama dari aku beli telekung.

Sebab hati aku gusar dan kacau aku tiba-tiba terfikir nak buka kontena besar tempat aku sembunyikan tafsir Quran, tudung-tudung dan telekung aku. Aku cakap dalam hati “Ya Allah, berikanlah aku petunjuk untuk mengubati hati ku ini”. Dan tau tak apa yang aku dapat?

Surah Asy-Syu’Araa

“Jangan-jangan pula engkau, membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman”

Deep ayat tasfir tu. Terus terdetik aku nak solat dan aku goo gle cara ambik air sembahyang and download kompas kiblat. Semuanya terus berjalan macam tu sahaja sehingga lah apa bila tiba saat aku duduk. Walaupun aku tak reti nak solat yang sebenar, tapi Allah hilangkan semua rasa marah, rasa sedih dan even rasa malas aku sekali.

Aku rasa macam baru, aku rasa macam tiada benda yang tak baik pun berlaku sebelum ni. As if I have no worries anymore. Aku even rasa joy. Tapi takde la sampai nak terlompat-lompat.

Aku tahu bukan tempat aku untuk bercakap tentang solat, tentang Allah and even tentang agama Islam. Tapi yang pertama, apa yang aku nak kongsi sini, maybe kadang kala kita rasa semuanya tidak menjadi seperti yang kita inginkan.

Apa yang kita nak kita tak dapat, tapi hakikatnya apa yang kita tidak dapat itu lah yang kita sebenarnya telah minta pada Allah. Cuma cara Allah bagi dekat kita berbeza sedikit ataupun bukan dengan cara yang kita nak atau inginkan.

Kedua, sungguh rugi kamu yang beragama Islam, tahu solat tapi tidak solat. Kerana aku yakin jika kamu solat nescaya tiada apa-apa perasaan atau fikiran yang tidak baik akan mempengaruhi kamu. Allah selalu dengan ketika berdoa, ketika kamu bersolat.

The main point is, janganlah kamu mengelak untuk solat. Dalam keadaan apa sekalipun, especially masa korang dalam kesusahan, solat is the best medicine. Doakan semoga aku cepat convert dengan mudah.

– Amoi

Add Comment