Antara kesan terbaik kalau tidur malam dalam gelap dan bernafas ikut hidung

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Nikmat sihat adalah nikmat yang tidak terhingga. Lebih-lebih lagi kalau kita sihat dan nampak awet muda, tentu extra nikmat kan ? Jadi kat sini kami nak kongsikan tips yang kita boleh amal untuk dapat kedua-dua nikmat tu ye. Selamat membaca.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

1. Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.

2. TIADA GULA. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan or gan badan dan penya kit. Ada banyak gula tersembunyi.

Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.

Beras basmathi. Tiada tepung dan gandum.

Banyakkan sayur dan buah buahan.

3. Check dengan Doktor. Buat ujian da rah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesi hatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi pa rah.

4. Ambil supplement -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.

5. Exercise supaya aliran da rah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran da rah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.

Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamis. Dua hari itu puasa.

6. Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.

7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.

8. Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.

9. Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku buku. Membaca.

10. Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama “si mata lalat langau” – pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penji lat yang sentiasa bodek tidak bertempat.

11. Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.

12. Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan. Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.

13. Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hor mon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan doa.

Sumber : dakwahglobal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *