Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Rakaman video kisah sedih seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui di sebuah kem pela rian di wilayah Al-Anbar, Iraq meruntun hati netizen bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki dipercayai pemberita bertanyakan kepada kanak-kanak ma lang bernama Malak itu tentang bapanya.
Dengan mata berkaca namun masih mengukirkan senyuman, dia memberitahu, bapanya telah mening gal du nia selepas terkena temba kan oleh anggota mili tan Da esh.
Pemberita itu kemudian bertanyakan kepada kanak-kanak perempuan itu sama ada dia mempunyai makanan untuk dimakan pada waktu pagi, tengah hari dan malam.
Tanpa menjawab soalan tersebut, Malak dilihat menangis, sekali gus mengundang rasa simpati pengguna la man so si al.
Menerusi salah satu komen yang ditinggalkan oleh seorang pengguna Fa ce bo ok bernama Gilgit Baltistan, kanak-kanak perempuan itu kini tinggal bersama datuk dan neneknya di sebuah rumah kecil yang mempunyai 20 penghuni.
Di akhir video tersebut, tertera satu mesej kesedaran yang ditujukan kepada orang awam agar tidak membazirkan makanan.
Ini kerana, masih ramai insan kurang bernasib baik di dunia ini bergelut dengan masalah kebuluran.
Tonton video : Malak : gadis yang terperangkap dalam peperangan dan kisah yang menyetuh hati
Sumber kosmo