Jaga-jaga makan papadom. Makan berlebihan boleh akibatkan sera ngan jantung dan da rah tinggi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

GEORGETOWN – Kajian yang dijalankan ke atas papadom mendapati produk kerepek rangup itu boleh mengakibatkan pelbagai penya kit berbaha ya seperti sera ngan jantung dan tekanan da rah tinggi kerana kandungan garam yang berlebihan.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, sebanyak 11 sampel papadom telah melalui ujian makmal dan kesemua didapati mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam.

“Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risi ko st rok dan sera ngan jantung.”

Tambah beliau lagi, “Sekeping papadom mengandungi 260mg garam. Bayangkan jika satu hidangan, anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang diambil adalah 1,300mg.”

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia adalah 7.15 gram sehari. Jumlah itu dikatakan melebihi paras yang ditetapkan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Cara menghasilkan papadom juga amat membimbangkan kerana biasanya ia dihampar dan dijemur di tempat terbuka serta terdedah kepada bahan cemar udara selain jenis mikroorganisma yang akan menambah pencema rannya ketika dijemur bagi dikeringkan.”

Oleh demikian, CAP menasihatkan orang ramai agar mengawal pengambilan papadom dalam setiap hidangan. CAP turut menggesa pihak Kementerian Kesihatan untuk menetapkan kadar kandungan garam yang bersesuaian dalam papadom bagi mengelakkan ianya mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Sumber 1 : Harian Metro, Sinar Online / erabaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *