Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Saya menerima pm daripada seorang wanita, ibu kepada 4 orang anak yang semuanya masih kecil. Baru sahaja dapat pengesahan daripada keputusan Ujian da rah suaminya, PSTIF H1 V. Persoalan kenapa suaminya semakin berubah sejak 3 tahun kebelakangan ini terjawab, rupanya dalam tempoh itu ada hubu ngan dengan kaum sejenis yang kenal hanya melalui Fa ce bo ok.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Suaminya sebelum ini seorang yang baik dan sangat rapat dengan anak-anak. FB yang dibuka 3 tahun lepas bermula segalanya. Na’uzubillahi min zalik, hari ini bukan medsos (media sosial) anak-anak sahaja, medsos pasa ngan juga perlu dipantau, banyak kes kecura ngan hingga penz1 naan bermula di FB, sangat banyak.
Sejak beberapa bulan ni, saban hari suaminya bangun malam bermunajat bertaubat kepada Allah SWT, sentiasa dengan air mata merayu-rayu kemaafan daripada si isteri, anak-anak semuanya masih tidak mengerti. tetapi dalam keadaan sebegini air mata da rah sekalipun tidak akan mengubah hakikat yang sedang berlaku.
Namun Allah sentiasa membuka pintu taubat dan rahmatNya. Isteri ini sedang mengumpul kekuatan untuk satu kemaafan yang menuntut bukan sedikit peng0r banan. Saya mohon doakan wanita ini terus positif melalui kehidupan dan diberi jalan keluar yang terbaik daripada Allah SWT. Wanita ini akan membaca doa dan kata semangat drpd kita semua.
*Ada pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan wanita ini. Saya tidak mencadangkan apa-apa kepada beliau, samada teruskan dalam pernikahan atau berpisah, buat masa ini itulah pilihan yang dia sendiri buat, untuk akan datang kita sendiri tidak pasti. Doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.
Sumber; Ustazah Asma’ Harun