JAKIM – Usah Kaitkan Kuasa Minda, Aura Warna dengan Ibadah dalam Islam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ilmu motivasi sekarang ini tampaknya begitu berkembang pesat seiring dengan perkembangan penyebaran maklumat oleh media sosial.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Maka, semakin bertambah jugalah teori – teori psikologi dan moti vasi yang dikaitkan dengan Islam, yang hakikatnya dicedok dan disesuaikan dengan teori motivasi Barat.

Jika ini berterusan, dikhuatiri kesucian Islam itu sendiri yang akan terjejas, apabila elemen – elemen berciri khurafat dan pseudosains dipaksakan ke atas ibadah – ibadah.

Isu yang terbaru adalah apabila ibadah solat dikatakan menunjukkan perubahan ‘tenaga alam’ yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Waktu – waktu solat dikatakan mempunyai hikmah tertentu yang sepertinya ‘disokong oleh teori sains’.

Walaupun mungkin hantaran asal cumalah berniat untuk menggalakkan orang solat pada awal waktu, namun ternyata penjelasan yang diberikan tidak mempunyai asas dalam ilmu fizik, dan dikhuatiri mendatangkan fitnah kepada agama terutama apabila orang ramai sedar bahawa ia salah.

Menyentuh tentang penggunaan sumber saintifik dalam teori – teori moti vasi, Garis Panduan Program Motivasi Berunsur Islam oleh Jakim menyarankan agar teori – teori sains metafizik seperti kuasa minda, aura warna, NLP dan seumpamanya tidak dikaitkan dengan sewenang – wenangnya dengan amal ibadah dalam Islam.

Antara contoh penggunaan yang menyeleweng adalah seperti mendakwa waktu siang adalah sesuai untuk berdoa mengenai permohonan “dunia” manakala pada waktu malam sesuai untuk berdoa mengenai “akhirat”, kerana setiap gelombang pada waktu siang dan malam adalah berbeza dan permintaan dalam doa tersebut perlu disesuaikan mengikut gelombang masing-masing.

Lebih utama, harus disedari bahawa dapatan – dapatan sains tidak sewajarnya dijadikan sebab atau ‘illah utama perintah dan larangan Allah SWT seperti menghuraikan sebab kewajipan solat, pengharaman khin zir dan lain-lain dari sudut sains.

Jika ingin dikemukakan, dapatan – dapatan tersebut mestilah telah disahkan secara akademik beserta bukti daripada sumber yang berautoriti.

Sumber; fakirilmu.com

Add Comment