Mudahnya ayah pergi, bagai disambut ‘karpet merah’. Waktu hidupnya, ayah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Assalamualaikum semua pembaca. Today aku nak kongsikan kisah pemergian ayah aku bulan lepas. Ayah aku, jarang2 sa kit, dia sihat2 je tapi siapa tahu, bila sampai masa dia, dia pergi jua menjejak ibuku yang dah pergi 10 tahun lepas. Doa aku, moga ayah jumpa ibu kat sana, dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Aku sebenarnya tak kuat nak tulis pasal ni. Aku masih lagi sedih, belum dapat terima kehilangan ayah. Bila tgk bilik ayah, aku rasa dia masih ada, aku masih berharap dia balik, ada rasa sesak kat dada, rasa nak meraung, kadang aku rasa nak korek balik ku bur ayah sbb aku rasa ayah tak ma ti lagi.

Astagfirullah… Dalam lemah, aku bisik ‘Ya Allah pegang aku, aku tak kuat. Jangan lah aku derhaka pada Mu Ya Allah kerana ujian ni.” Aku sebut banyak kali. Time tu aku tak boleh solat, mmg out la emosi aku. Tapi entahlah, bila tawakkal pada Allah, Allah datangkan rasa comfort, tak tau nak explain rasa tu camna, rasa ada harapan, rasa macam ada orang bagi tau ‘takpa Allah ada, jangan meraung, jangan tarik2 rambut, itu bukan ajaran Allah’ Alhamdulillah, lama2, aku tak rasa sunyi, tak rasa kosong, hati penuh dgn rasa comfort sampai aku boleh bangun, makan, dan teruskan hidup.

Aku nak kongsikan, perjalanan pergi ayah aku yg mudah. Malam tu lepas dia balik dari masjid solat Isyak, dia makan kemudian tidur. Lepas tu dia bangun mengadu sa kit dada, jadi kita terus ke klinik, dan dalam perjalanan ke klinik yang tak sampai 5 minit dari rumah tu ayah mening gal dalam kereta. Igtkan ayah cuma peng san, tapi bila sampai klinik, doctor ckp, “mintak maaf dik, pakcik dah takde”

Dalam kereta tu tak dengar pun ayah susah bernafas, tak dengar pun dia na zak, cuma tetiba dia senyap. Ada orang kata kata ayah aku pergi bagai di sambut dgn karpet merah, sbb pergi dgn mudah, macam malaikat ambil nya wa ayah dgn lembut sampai tak bunyi pun nafas terakhir dia. Tak sampai 10 minit dia sa kit dada dan kemudian dah takda. Dia tak tersik sa lama.

Aku positif je. Ayah aku, baru balik haji dalam 40 hari macam tulah. Ayah mmg jaga solat, dia solat 5 kali sehali tak pernah tinggal. 5 waktu tu dekat masjid means dia solat di awal waktu. Kalau tanya waktu solat, mesti ayah aku tau. Cth, maghrib 7.09 minit malam. Walaupun huruf ganjil mesti ayah akan igt. Dan ayah aku suka sgt mengaji, dia sentiasa mengaji kalau ada masa lapang.

Kalau kita bosan kita main hp kan, ayah aku kan tak pandai main phone, jadi time bosan dia ngaji. Kadang aku nampak waktu petang dia mengaji, kemudian mengantuk dia tidur. Bangun minum air, sambung mengaji balik. Sebelum tidur mesti dia mengaji dulu sampai dia mengantuk. Hidup dia Quran, Quran, Quran.

Ayah aku pemurah, suka sedekah. Kalau siapa2 datang mintak derma mmg dia tutup mata bagi je. Dengan saudara mara, ayah aku ni dah jadi mcm banker. Saudara mara suka pinjam duit dgn ayah, ada yang pulangkan ada yang tak. Tapi ayah aku senyap je, tak pernah mengungkit. Dgn anak2 kami ni, lagilah ayah mmg tak berkira. Especially bab makan kami. Ayah aku suka check barang dapur, apa yang kurang, gula ke, beras ke, minyak masak ke, kalau dah kurang ayah mmg terus beli. Tak payah cakap pun.

Cuma kadang2 dia tak perasan, tapi bagi tahu je, cth aku ckp ayah sos cili dah habis, jap lagi tgk mesti dah ada. Kalau dia makan apa2 kat kedai, dia akan tapau untuk anak2. Walau umur kami ada yang dah 30an dah kawin pun. Itulah, bab nafkah ayah mmg tak berkira, dgn ar wah ibu dulu pun tip top, arwah ibu tak pernah ngadu ayah kedekut ke apa. Walau dulu kami susah, ayah aku akan tunaikan apa2 yang ibu aku nak. Ibu aku pun faham ayah susah, dia tak pernah demand benda2 merepek. Sederhana je hidup dia sampai ibu pergi.

Lagi satu ayah aku ni tak ambik barang orang. Orang yang selalu ambik barang dia. Parang, cangkul semua hilang orang ambik. Aku ingat, ayah aku kena tipu dgn kawan dia. Ayah aku nak renovate dapur, kawan dia janji harga lain, tapi bila buat kawan dia charge harga lagi mahal. Extra berbelas ribu juga. Orang kampong kan takde contract hitam putih, main janji gitu je. Sian ayah aku, dia bayar jugak. Banyak la lagi kisah, orang ambil kesempatan pada ayah aku. Panjang nak cerita tapi takpelah, sbb ayah dah takde, yang paling penting byk pelajaran hidup yang aku dapat dari dia.

Ayah aku pun, pentingkan pelajaran kami, dia didik supaya berdikari, supaya boleh cari makan sendiri. Alhamdulillah, adik beradik aku semuanya menjadi, bekerjaya dan masing2 baik lelaki ke perempuan ke tau independent. Harta ayah dan mak aku pun kami adik beradik tak berebut, boleh je berlebih kurang, semua tak kisah, kongsi sikit2 sorang. Kakak aku lagi lah, malas nak ambik tau. Tapi tulah yang peliknya sedara mara yang sibuk nak ambik tahu. Tanah tu dapat ke siapa, berapa bahagian korang bagi2- Facepalm.

Aku cerita ni bukan nak show off ke apa, cuma nak berkongsi. Apa yang kita buat kat dunia ni akan reflect pada kematian kita, dan pada hidup kita lepas ni. Ayah aku suka mudahkan urusan orang mungkin sbb tulah, urusan dia di akhirnya dan insha Allah di akhirat sana akan mudah juga. Nak jadi cerita, baru2 ni kami buat kenduri tahlil ar wah ayah aku kat Kota Bharu kg asal ayah aku.

Kat sana kan musim tengkujuh jadi mmg hari2 hujan. Tapi, hari tahlil ayah aku tu cerah, tak hujan. Jadi orang ramai datang makan. Lauk habis tapi cukup untuk semua. Syukur sangat2. Alhamdulillah majlis lancar je. Esk tu dan 2, 3 hari lepas tu sambung hujan balik dari pagi sampai malam.

Reality check pada aku lah kan kita tak boleh aniaya atau tipu orang, takut perjalanan hidup kita esk susah. Kalau suami, nafkah anak isteri kena jaga, tak boleh main2. Aku ni pun dalam proses nak insaf dan bertaubat sbb aku bukannya baik sgt. Tapi aku nak berubah. Aku nak belajar ngaji , nak buang show off kat Insta gram, Fa ce bo ok tu semua. Socmed, malas nak layan sgt dah. Sekarang ni aku peminat Ustaz Wadi Anuar hehe sbb dia selalu bercerita pasal alam barzakh dan akhirat.

Aku rasa kita tak patut buang masa dgn benda2 lagha, baik kita focus kat akhirat kan, kumpul byk2 amalan baik2 sebagai bekal kat sana. Ustaz wadi ada cakap, kita tak tau bila Allah nak ambil nya wa kita, daun muda tak semestinya tak gugur, ikut nasib dan rezeki kita. Jadi cukup ke amalan selama kita hidup ni. Seriau aku dengaq weh, dah la amalan aku tak byk, harap2 kita pegi sana dgn byk amalan baik. Insha Allah. Doakan aku istiqamah ye.

– Ema via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *