Kelebihan Solat Dhuha Yang Perlu Diketahui

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sebaik-baik amalan ialah amalan yang dikerjakan secara berterusan dan konsisten setiap hari. Begitu jugalah dengan solat dhuha.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam satu hadis dari Nuwas bin Sam’an, Allah Ta’ala Berfirman:

اِبْنَ آدَمَ ارْكَعْ لِي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ أَكْفِكَ آخِرُهُ

“Allah berfirman: “Wahai anak Adam, kerjakanlah empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).

Selain itu, ini antara beberapa kelebihan lain solat dhuha:

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda:

مَنْ حَافَظَ عَلَى شُفْعَةِ الضُّحَى غُفِرَ لَهُ ذُنُوبُهُ وِإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

“Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)

Moga-moga dengan hadis-hadis dari Rasulullah SAW ini membuatkan kita lebih yakin, bersemangat dan termotivasi untuk menjadikan amalan solat sunat dhuha ini satu amalan yang konsisten dalam hidup kita.

Wallahualam …

Add Comment